Monday, July 27, 2009

Layan Gambar Bowling

tak banyak pun.. ada la sikit2..





Movie terbaru.. Ami mesti suka ni! (Jgn marah aa.. hihi)

| Layan Bowling! |


Hari sabtu yang lepas, kami (Aku, Sha, Mawar, Kak Lina, Abg Mizam, Kimi, Ami, Kak Ela, Awa, Jef, dan juga Siti) berada di The Summit, USJ untuk melepaskan gian main bowling sebelum adanya bowling tournment seperti yang digembar-gemburkan beberapa hari lepas. Sebenarnya nak layan di Sunway Pyramid, tapi terpaksa cancel sebab ada tournament plaks kat sana. Diorang (aku tak main pun) seme bantai 3 games sampai naik lenguh tangan hayun bola bowling tu. Ada yang mengadu patah kuku pun ada. Hehehe.. Sape tah..

So, enjoice the pix everyone..


Hayunan maut dari Kak Ela!
Awa pose baik punya..
Persaingan sengit..
Pose orang hepi dapat strike!
Mawar blur. "Ape la korang baling2 ni?"
Abg Mizam mencari inspirasi..
Siti pun datang gaks.
Ada kisah disebalik Megi dan Waffer ni..hahaha
Skor Game Pertama
Skor Game Kedua
Skor Game Ketiga
Skor game Kak Ela & Awa

* Psttt..mintak tolong publish gambar yang beramai-ramai tu ye Abg Mizam. Kitorang takde pix tu.

Friday, July 24, 2009

Meh layan rock kapak petang² ni...

Dari awal online tadi aku dok putaq lagu Mutiara ni. Sangat² mengimbau kenangan zaman rock kapak masa aku sekolah rendah-menengah dulu. So.. layannnn... nak putaq kat warga warung plak...



Lirik Mutiara oleh kumpulan Mutiara

Berulang kenyataan kuberi
Tapi kau masih tidak mengerti
Perasaanku ini
Adakah kau memahami

Langkah hiba telah kuutuskan
Berjalan di setiap belaian
Sepi mengajar kita
Memahami bahasa cinta

Dalam bersahaja
Kau coretkan madah
Yang terindah
Dalam terpesona seraut wajahmu
Keunggulan dan kesucianmu bagai mutiara
Dan terus memancar
Di hatiku

Puisi cinta yang kian lama
Memancar indah serta bercahaya
Telah kucuba tapi tak berdaya
Hendak kulupa teringat semula
Seraut wajah


Aku macam nampak orang dok petik gitar kat hujung warung tu. Siapa no? Hangpa jangan marah kat aku putaq lagu ni. Sebenaqnya aku nak tolak entry mata merah tu ke next page ja.. /wahaha . Jangan marah no abang Kemal!

Abang Mizam ajak main bowling petang ni woiii! Mao ka tak mao?





Thursday, July 23, 2009

puasa & raya 2009

Puasa ramadhan dah dekat. Raya pun akan menjelma. Aku rasa kita semua dah kena ada niat baru untuk hidup mendatang. Lagi elok. Nak berubah pun time nie lah. Jadi, pendek cerita. Raya kat mana tahun nie ? hahahahahahaa...

Aku lepas raya, raya ke-tiga dan ke-lima kot, ada job dah. Belah pantai timur suka buat kenduri lepas raya. Jadi tahun nie aku tak tau nak raya kat mana dan nak balik puasa kat mana. Kalau boleh naklah rileks-rileks sikit tahun nie. Tumpu pada puasa aje. Sebab yang tahun lepas, aku sibuk terkejar-kejar album. Tension. Hidup tension cepat mati.

Rindu lah nak beraya kat kampung tg.piandang. Tapi dah takder sape pun kat sana. Umah tok pun dah takder lagi. Cuma umah Mak Long aje. Teringat pasal kampung, tahun nie mesti Cu raya sepi skit sebab pak Su dah tak ada. Ade plan apa-apa tak untuk diorang. Sambut raya sama-sama ke. Sekurang-kurangnya adalah teman raya nanti.

Wednesday, July 22, 2009

lelaki seorang yang penyayang

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."



"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Monday, July 20, 2009

Bowling tournament..


I'm thinking of organizing a family bowling tournament. Bola ni warna oren. Beratnya 12 10 kg. Kata Awa, cam Dragon Ball!


Di lane antarabangsa paling best di Malaysia ni.. mana lagi kalau bukan Sunway Pyramid.


Antara pemain handalan keluarga Allahyarham Ramli bin Hj Hamid... Entah ingat ke dak lagi nak hayun bola bowling tu camne.. ahaks!


Mungkin antara hadiah yang akan diberi...


Close up skit... Alah! Kameraku cikai je ok! Tak yah expect resolution yang canggih-manggih.


Tapi mungkin tidak... sebab yang ini sudah menjadi kepunyaan seseorang..


Atau yang ni.. (yang menjadi idaman kalbuku sebab takyah install driver. Tapi dah tentu bukan kale pink :P)


So camner pendapat korang? Kita bagi hadiah nak? Wat la cam potluck... Masing² bawak hadiah, so tak de la yang tak dapat hadiah langsung kan... Sambil tu bleh main dan enjoy yourself. Jom la weiiii! Aku cam teringin nak sponsor goodie bags lagi...

Anyway.. good game encik husband! Main sampai 3 games. Mao berasap jari-jemari. The latest he got 184 pins. Perghhhh! Takleh jadi.. balik terus bukak PC main bowling. Hahaha....





Friday, July 17, 2009

INFO KESIHATAN

KALAUsebelum ni artikel mengenai 'Sushi kali ini saya hidangkan pula kurang sikit dari tu iaitu kesan dari resdung....ulang sekali lagi ulat resdung


kalau ada rasa gatal-gatal kat kelopak mata tu lu pikirlah sendiri................heheh
ada banyak gi artikel yg mungkin menyentuh tekak akan di keudarakan ............

Healthy food - shocking information

Selain Shota Fujiwara, ada sorang lagi kena macam ni. Sila baca... don't worry.. tak de gambar... Memang panjang sket tapi berbaloi.

In 2001, American doctors said the unique event - the patient Bessert Don (Dawn Becerra) parasitic worm removed from the brain. As the victim herself, the worm was in her body when used Taco - Mexican cuisine dishes stuffed with pork. After the case the woman was sick for three weeks, and then she started epileptic seizures, turned her life in agony after three years it has been thoroughly examined. Doctors from the world-renowned Mayo Clinic stated that the only way to get rid of the seizures - to remove the worm from the brain. While the need for the brain surgery is not the Don simple solution, she agreed.

Surgeons worked for six hours. All this time the woman was in the minds, and for pain using only acupuncture and light anesthetics. It was imperative that physicians could identify the place where they work, and do not damage the vital areas. Before the work they have stimulated a place cut weak electric and inquired about the sick feeling.

In addition, during the entire operation with Don talking. She knows two languages, so the conversations were in English and Spanish. Doctors found and removed the parasite, which was dead and had already begun to decompose, without damaging the surrounding brain cells.

Sushi lovers are also facing great danger. Japanese surgeons were shocked when the worms found in the head of one of the fans of this dish. Today, unfortunately, the land became one of the most popular delicacies and Russians.

Many sushi bars and Japanese restaurants firmly won its place in the sun in our country. Many lovers of oriental cuisine mistakenly believe that the land - it is healthy, tasty and low food. In fact, the raw fish is the carrier tape and round worms. The destruction of these parasites may, for this would require cooking or freezing the product to 0 - 4 ° C.

For many years addicted to raw fish, a Japanese official Shota Fujiwara paid with their health. Big fan of sushi and sashimi Shota Fujiwara, began to complain of severe headache, which he is associated with stress at work. Severe migraine began soon the man was transferred in violation of motor functions. However, a brain scan and x-rays did not give accurate results. Fujiwara made the local anesthesia, and after a while, through the pores of the skin surface started out tiny worms. Opening the skull helped Japanese doctors found a huge number of small out of the head worms. On the existence of worms Shota Fujiwara is not even suspected.

Any fish, including sea, affected by worms, or worms. As the head of the urban study parasitic diseases and Tropical Medicine in the Clinical Hospital number 1 of infection, the doctor of medical sciences, professor Alexander Bronstein, the level of destruction helminthoses the most, where the consumption of raw fish available, writes Pediatrika.ru. «You can not imagine how many Japanese and Koreans infected with worms that they get from the raw fish», - said Bronstein.

The national cuisine is an ancient island nation's rice and fish. It is these products and are the basis of the land. The main highlight of this dish, Japanese chefs consider preserving the original taste and appearance of the product.

Classic sushi does not have any treatment. Crude fish in the country of the rising sun is associated with longevity. This is an integral part of healthy eating, the Japanese feel. In fact, seafood rich in minerals and trace elements. And it is rice, which begins with the land, contains fiber, which plays an important role in digestion. As a low-calorie product, «kolobki» become even more popular as a means to combat the extra kilos. However, land-lovers should not forget that they may become a victim of the parasite.

Scientists believe that life can be extended at the expense of greater consumption of fruits and vegetables. At an international conference in New York on Aging under the auspices of the UN and the World Health Organization, one of the researchers noted the relatively low death rate from cancer (cancer) at the Seventh Day Adventists. They do not smoke, do not drink alcoholic beverages, the food is rich in vegetables and fruits.

But the food from McDonalds is not helpful.

Sumber dari [...]


Kat artikel ni dia tulis pork/'raw fish' ye.. Bukan udang, sedangkan cencalok dan belacan dibuat daripada udang. Budu plak dibuat daripada ikan bilis. Mungkin bagi penggemar budu bolehlah mempertimbangkan untuk memanas/menyejukkannya dari suhu 0 - 4 ° C terlebih dahulu sebelum memakannya. Kalo rasa nak selamatlah.. tapi setahu aku tak dak plak kes ni jadi kat orang yang suka makan belacan, cencalok @ budu kat Malaysia ni. Wallahu'alam.

Bab resdung. Cuba cari kat web kenapa resdung bleh terjadi. Ia bukan disebabkan oleh makanan. Makanan ni terutamanya apa saja jenis makanan laut hanya menjadi trigger @ alahan pada orang yang mempunyai resdung.

Kes jangkitan kuman @ worm ni boleh menyebabkan seseorang itu mendapat meningitis hingga menyebabkan terjadinya hydrocephalus macam Syafiah. Tapi dalam kes Syafiah ia bukanlah disebabkan meningitis, ia disebabkan oleh intraventricular hemorrhage (IVH).

Eh! Korang ingat hydrocephalus tak jadi kat orang dewasa ke? Cuba check simptom dia - severe headache, migraine, seizures, difficulty in walking, dementia @ forgetfulness (mungkin disangkakan nyanyuk) & urinary incontinence. Ni ada sikit cerita pasal NPH (normal pressure hydrocephalus):

Sal Romano, a 78-year-old with type II diabetes, lives alone, but his family has been keeping very close tabs on him for about a year. According to his daughter, that's when he started to 'think more slowly' and become forgetful. He lost interest in his favorite pastimes, too - writing letters to the editor of the local paper and participating in political campaigns. He also started walking differently - in very small, slow, unsteady steps as if his feet were glued to the floor.

In recent months, Mr. Romano has had trouble handling simple tasks. He needs help balancing his checkbook, for example, because he can no longer do the math. He's also started to behave oddly, at times using his car to move personal items from his house to a similar-looking one nearby.

These problems prompted Mr. Romano's daughter to take him to his primary care physician. Without ordering any diagnostic tests, the physician diagnosed senile dementia, and told her that nothing could be done to help him.

[...]



Ha... check jangan tak check diri kita. Ada tak simptom macam kat atas tu? Kalau ada tu baik terus ambil langkah seterusnya. Semoga apa yang dikorek ni bermanfaat... Ermmm... blog ni dah jadi blog kesihatanlah plak kan.. Tapi best... I like!





Thursday, July 16, 2009

INFO KESIHATAN

Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.

Jadi, BAIK JANGAN MAKAN SUSHI & SASHIMI & SEMUA YANG MENTAH!!!

Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).Itu budaya orang Jepun yg suka makan makanan laut mentah. Bagaimana pula orang melayu yang suka makan budu, belacan, cencalok? Bukankah semua tu tidak dimasak juga? Rasa-rasanya sebab itu lah orang resdung alahan sangat dengan makanan laut seperti sotong, udang dan sesetengah ikan. Agaknya yang menyebabkan gatal hidung, muka orang resdung tu, ulat dan parasit yang sama kot? Orang melayu panggil HAMA RESDUNG….

Tobat rasenya nak makan lagi belacan melainkan yang dimasak. Patutlah ada ulama’ yang memakruhkan makan benda-benda tu.

SO aper pendapat korang .......................huhu

JANGAN TAK MUNTAH mari kita tengok siapa yg leh tahan.........................uerk............

Wednesday, July 15, 2009

INFO KESIHATAN : ECPI Drinking Water



Baru2 ni aku ada beli 2 botol minuman ECPI ni.. 2 hari lepas minum aku demam.. Hari ni demam dah baik, cuma ada batuk2 sikit. Mungkin kesan 'aggravation' kot..( pesakit akan mengalami sakit2 yang lebih teruk atau rasa tidak sihat utk seketika) selama beberapa hari bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.. Ini merupakan tindak balas yg menunjukkan tanda2 penyembuhan akan berlaku..wallahualam..

Aku rasa air ni sangat baik.. try la.. Ada macam2 kebaikan yang ditulis dalam risalah tu.

Tuesday, July 14, 2009

INFO KESIHATAN

Antibiotik & Kisah nya

Assalamualaikum,

Ramai ibu bapa perlu tahu tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 – tapi tak popular), Penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.


Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas di seluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh – Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii….. :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh Lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “Candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menunding jari kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. selalu mengambil antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian.kerana beberapa sebab…

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, tak perlu memberi antibiotik kepada anak yang batuk, demam atau selsema selama seminggu. vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

“Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok”.

Pertama sekali nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.

Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Sunday, July 12, 2009

Melawat Yin & Mak Cu

Petang semalam kami sekeluarga & waida & family pergi melawat Yin di Shah Alam. Balik dari Shah Alam dah dekat malam, terus pulak pergi melawat Mak Cu & Salina yang telah berpindah ke Nilai/Salak Tinggi. Tempat yang menarik.. rumah pun lawa. Kalau owner tu nak jual, rugi la kalau dilepaskan. Seperti biasa, aku & Sha tak lepaskan peluang sebagai paparazi bekerja keras untuk mengabihkan shutter count masing2.. kah kah kah..






Friday, July 3, 2009

Bulan ni siapa pula lahir?

/hihi Bulan ni birthday 2 beradik + 2 beranak. Kak Ija dengan Balqis. Aku dengan Awa.

Kak Ija lahir 28 Julai 1974. Binti pun sama cam kita orang iaitu Ramli. Haha! Balqis plak 19 Julai 2004. Balqis sebaya dengan Mastura.

Aku? Tak yah habaq la bila. Ada dah yang tau. Dah la Julai naik lagi usia ke 31, Syaaban (Ogos) ni naik pulak lagi ke usia 32 plak... adehhh..

Awa lahir 10 Julai 1986. Baru 23.. muda belia lagi.. Soklan cepumas jangan tanya dia. Setiap manusia berakal mesti berhati-hati ketika bertanya. Jika tidak, jadilah OKB yang tidak peka terhadap orang lain. OKB - orang kurang berfikir. /hmm

Age is just a number. Beza antara kita bukan beza usia, tapi beza letaknya pada taqwa dan kematangan menggunakan akal fikiran. Moga rezeki dan ketaqwaan kita bertambah seiring dengan pertambahan usia, insyaAllah.

Jadi ke weihhh... nak ke ayaq kejun ni? Kang kita orang je yang pergi...