Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Makan²...



Seluruh ahli Warung Kopi Pak Hamid dijemput ke rumah kami bertempat seperti di atas pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009. Masa sebenarnya ikut suka (ahli Warung sahaja). Korang nak mai tidoq pun boleh... Nak men game tak dak la. Tapi online macam Mafia Wars aku on je.. kehkehkeh! Jangan tak datang ye... rindu nak bergeder aka bergossip dengan korang.





Thursday, September 17, 2009

Perutusan Hari Raya...



Cewahhh! Bunyi tajuk cam dok kat oversea je kan... Padahal dok kat Bamboo River je...

Kami balik ke Big River dulu, pastu raya ke-2 baru balik ke Bird River. Tak sampai hati balik rumah sebelah pihak je. Bagi yang ibu bapa masih ada tu treasurelah mereka selagi mereka masih ada. Jika tinggal seorang je lagi, korang pasti takkan biarkan sebelah pihak je rasa bahagia dengan kehadiran korang masa raya (terutamanya malam raya). Tambah lagi yang tinggal tu adalah seorang IBU!

Kekadang aku rasa cam teringin sangat family kita bergader cam dulu² tu kat TP. Walo pun sekang ni rumah tok dah tiada lagi, rumah Along kan ada. Masih utuh walo pun bumbung tiris sana-sini. Aduhh.. bila la nak dapat ganti bumbung tu.

Sungguh! Tanah pusaka tu banyak kenangan. Kenangan dengan saudara-mara yang sukar dilupakan. Terutamanya bila menjelang hari raya. Kenangan bermain meriam besi sampai pekak telinga tok (abang Kemal and the gang), main bunga api besi sampai terbakar pokok nyior orang tua tu (aku dengan Didi), kena perhambat dek Along sebab main bunga api masa malam raya (aku dengan Didi jugak) dan memacam lagilah. Ada yang pahit tapi yang pahit jadi manis bila dikenang sekarang ni.

So, seminggu ni tak online la aku walo pun reception Maxis broadband sangat baik di TP. Ada broadband tapi tak dak laptop pun tak guna jugak. Siapa nak pinjamkan? Kak Long? Jangan harap... hukhukhuk! Kalo tak, sure aku dah boleh bersiaran dari kampung je dengan 'gambar pinjam' dari kamera Awa. Aku ada usha satu laptop tu.. tunggulah...

Till then, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, selamat memandu, selamat sediakan duit untuk anak² aku. Untuk Awa, sebab hang tak dapat duit kecik, bagi je anak buah hang note yang besar² kaler biru tu.. hahaha...