Friday, June 12, 2009

Nostalgia : Gambar² Amalina

Gambar dari kamera aku ni (konica auto) bukannya lawa sangat. Tak dapat tanding DSLR/digicam zaman sekarang la. Even camera phone pun lagi canggih zaman sekang ni tapi /nobigdeal janji ingatan yang kekal abadi.


Lina pakai baju merah. Budak gelap tu aku la tu. Aku sampai la pun gelap. Dah la minat sport plak tu


Lina dengan "ehem²" masa bertunang. Raya tahun 1999. Apa kad tu tulis "head over heel"? /wahaha


Sapa la ni gamaknya? Masa ni malam buka hadiah tahun 2000. Lina macam merajuk-rajuk sebelum hari kenduri. Pasal kononnya ada orang tu tak ingat birthday dia. Kuat merajuk makcik tu.. :P. Bila aku tengok gambar ni nampak la hasil kerja tangan aku kat pelamin tu. Dan aku ingat jugak aku tempek inai kat kakitangan Lina. La ni tak main la cara tradisional cam kami tu. Boleh beli yang siap dah ada corong lagi!


Resepsi di Setapak


Krsty Pinky dengan Jihan... hangpa masa ni masih dara lagi youuu!


Sampai² je majlis resepsi ni terus je bagi makan. Bagus²! Aku pun nak praktik macam tu nanti untuk anak² aku. Huh.. gigih²!


Aku ingat Nek Lang pun ada masa ni tapi sayang gambarnya aku tak ambik. Antara ole² yang aku ingat - tapai


Dah tentulah ini aku. Sebok je interframe jugak!






8 comments:

noorra said...

bagus2 bubuh lagi pic lama-lama tu. Godek2 lagi mana2 yg ada. Aku punya printa 3in 1 tu dh rosak kalau tak blh je bubuh pic lama2 kita yg masih ada dlm simpanan tu....

good job!!!

| Krsty Pinky | said...

mcm comel gile lina ms kecik2 pakai smocking dress...
tu kt umah sape eks?

noorra said...

pic ni kat rmh along (lama) masa ni rmh tu kecil je x de bilik. kami pasang cadar kain as back drop....hehehe ok tak? Tu cadar bunga ros kecil2 yg along beli kat Siam. (org kg suka buat rombongan p memborong kat siam tiap kali lepas musim padi....)

| Krsty Pinky | said...

loo..ye eks cadar?
tp nampak mcm wallpaper jek..
menarik ape sbb cm corak inggeris..

Intan Terpilih said...

yup2 mmg cantik...first una tgk pic tu una ingatkan tangkap kat umah tok cik...hehehe...ropenyer siap bebeno...

suealeen said...

aku suka dok rumah tu pasai atap dia atap nipah. rumah sejuk ja.. paling takleh lupa aku masih teringat kejadian mak pengsan pada satu hari tu...

kak Bib said...

...dan aku blh je terjun ikut tingkap yg amat rendah tu...peristiwa yg aku tak leh lupa masa mak ayah tak ada aku rasa org mengendap rmh kita dan aku tolak tingkap tu kena badan dia...dia lari keceplum...keceplum sbb masa tu laman kita penuh air...sabut pun timbul....

n masa ayam naik ke rmh dan aku pelangkung dgn penyapu...siap ayam tu 'terbertelur'...patah kaki dia. Then aku tangkap n sembelih....

Haaa ada sapa2 cucu tok hamid yg pompuan yg champion cam aku blh sembelih ayam lagi hehehehe....

suealeen said...

tingkap tu aku panggey tingkap kapal terbang. sambil dok sua tangan keluar, sambil tu dok nyanyi lagu alleycats.

masa pencuri tu mai aku ingat lagi ada orang jerit "pencuri!" tapi tak tau sapa.

pernah sekali masa nak renovate rumah, bila bukak lantai papan tu ada ular besar bawah tu. padahal memalam aku selalu buang air kat situ masa kecik² dulu. nak ke jamban, jamban plak kat luar rumah..

duhh.. i miss la that 'rumah sabut' house