Sunday, June 28, 2009

INFO



ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis
kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita
ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana
ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik
oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat
sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa
yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak
tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah
semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak
itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera
melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak
lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical
apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata
lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang,
untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang
berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama
manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk
menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang
biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah
yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan
lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi
berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan
kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya
lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang
dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang
terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk
kita semua sebelum masak/makan kangkung. .

Best Regards,
Dr. Norni Abdullah,


*so pertimbangkanlah citer ni samada benar atau tidak...................aku dapat dari email

Tuesday, June 23, 2009

KOMEDI



Tahun lepas sainitis Russia gali tanah sedalam 100 meter, diorg terjumpa la kesan wayar copper yg berusia 1000 tahun... and membuat kesimpulan bahawa nenek moyang mereka ade telephone network... .woo bes.. Pas tu, saintis Amerika tak puas ati, diorg pun gali gak, sedalam 200 meter... diorg lak terjumpe talian fiber optic lama yg dipercayai berusia 2000 tahun... lalu membuat kesimpulan, org US 1000 tahun lagi advance dari org Russia dalam komunikasi telefon yg lagi canggih dari diorg... ..pergh canggih... Saintis Malaysia plak try try gak, diorg gali sedalam 500 meter... pastu diorg report la, diorg tak jumpe ape2... ..so diorg wat kesimpulan; 5000tahun dahulu nenek moyang org melayu sudah tahu menggunakan teknologi wireless! kuikuikui... bangga..bangga Malaysia BOLEH!!

GO WIRELESS.......GO

INFO

10 KEBAIKAN MINUMAN YG DI PANGGIL COKE-COLA
Cubalah 'terai' dan buktikan secara saintifik.10 kebaikan air Coke Cola" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britainserta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlakukemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cubatanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atauhilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang daritindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lapbumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karathilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat baterikereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuangsetin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setinCoke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke danlap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual diYawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti sukani!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang laindalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan loriyang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu jugadiselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagianenjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuhkopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapitambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadaplidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidakberapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalammulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tuhilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Andaminum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuhserangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cucicermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur seranggadll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahancuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda bolehcuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimiadulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak?

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk
membaca.

Monday, June 22, 2009

Yin : New Life Begins...

Semalam (21/06/2009), kami telah membuat temujanji dengan salah satu tuan rumah yang mempunyai sebuah rumah utk disewa di Blok 11, Seksyen 7. Setelah melihat keadaan dalaman rumah tersebut, & setelah berbincang dengan Yin, mak & abah, kami pun booking rumah tersebut utk Yin duduk nanti. Sewa rumahnya ialah RM550 (termasuk monthly maintenance). Rumahnya ada 3 bilik, & end lot, jadi semua bilik ada tingkap. Currently, ada 3 orang lelaki bujang yang menyewa dirumah tersebut, & akan keluar hujung bulan ini. Keaadan rumah ehem ehem.. maklumlah..orang bujang.. macam tongkang pecah jugak la... Nanti Yin & housemate kena la bergotong royong membersihkan rumah tu ye.

Jalan Plumbum 7/95
Image Hosted by ImageShack.us
Blok 11 Sekyen 7
Image Hosted by ImageShack.us
Tempat makan, dekat je.. 100-200 meter dari rumah.
Image Hosted by ImageShack.us
Kedai pun dekat, 50-89 meter dari rumah.
Image Hosted by ImageShack.us
Ada dewan serbaguna sebelah tempat makan tadi.
Image Hosted by ImageShack.us
Tempat permainan, boleh la Yin lepak sambil melayan perasaan.
Image Hosted by ImageShack.us
Surau pun dekat, 150-183 meter dari rumah.
Image Hosted by ImageShack.us
Keadaan persekitaran
Image Hosted by ImageShack.us

To Yin, selamat berjaya..

Friday, June 19, 2009

| Dan Mereka Pun Sambung Belajar... |

Kalau nak ditunggu orang lain untuk update warung ni, rasanya berjanggut la kot. Walaupun hakikatnya aku tak ada pun janggut nak tumbuh. Huhu.. Jadi, sebagai permulaan, biarlah aku mewar-warkan (betul ke aku eja?aku selalu ada masalah dgn mengeja!ade sesape leh ajar aku BM?Hahahaha), ada 2 orang lagi kaum kerabat Pak Hamid akan sambung belajar pada bulan hadapan.

Dimulakan dengan Nadia, anak Pak Ngah Ibrahim. Dimaklumkan tadi, yang dia dapat tawaran ke KUITHO di Batu Pahat, Johor (depan rumah mak mertua aku di Parit Raja). Kos yang akan ditawarkan adalah Pengurusan Teknologi (sama macam DD masa belajar di UTM, Skudai dulu). Tarikh mendaftar adalah pada 28hb Jun 2009 ni. Tapi, tak pasti samada dia akan terima tawaran ni ataupun tidak, sebab dia berminat nak masuk pengajian kejururawatan.

Nadia bersama Mawar yang masih "dalam hari"

Apapun, untuk Nadia, buatlah pilihan yang terbaik. Mana-mana pun ok je kalau tanya aku. Cumanya, kalau amik kejururawatan ni, kena kuat semangat, kuat jati diri juga kuat tahan caci maki pesakit. Tak seindah yang kita fikirkan kalau masuk bab jadi jururawat ni. Banyak yang aku tengok, jururawat sekarang hampeh belaka. Stok yang baru-baru ni kaki mengelat sebab malas nak layan pesakit. Tau nak melawa jek. Pehtu bila ada pesakit yang hensem2 jek sanggup nak layan. Yang tua dah terbongkang (maafkan bahasa aku) kat katil takleh jalan, takde sape pun sanggup nak layan kecuali jururawat yang betul2 layak digelar jururawat.

Kenapa aku berani cakap pasal bab jururawat hampeh ni? Sebab aku pernah masuk HKL dan kebanyakan pelatihnya hampeh belaka. Most of them memang stok2 kaki melawa, kaki mengendeng (bila ada doktor hensem round2) dan malas! Ada ke patut sorang pelatih ni cakap dengan aku,

"Kak, saya malaslah nak layan orang tua depan tu. Berak kencing dia la. Dahla 1 badan dia kudis2."

Masa tu jugak aku rasa nak lempang laju2 kat muka pelatih tu. Apa jadahkah dia amik kos kejururawatan kalau kaki ngelat? (Cis...aku dah terlebih emo sampai tersasar motif sebenar aku menulis.)

Sambung balik yea..Apapun sorang lagi yang nak sambung belajar ni adalah Yin, which is my lil bro. Dia dapat kos yang memang dia ambik masa di UiTM, Seri Iskandar dulu - Hartanah. Dia akan sambung ijazah di UiTM Shah Alam dan dijangka tarikh daftar adalah 4hb Julai 2009. Mak abah insyaAllah akan turun KL untuk hantar Yin ke sana. Katanya nak tolong carikan rumah sewa sekali. Yelah, awal2 dalam surat dah bagitau takde kemudahan asrama disediakan. Sian plaks aku dengarnya. Nak tolong, aku sendiri tak tau area mana yg dekat dgn UiTM. Kalau ade sesiapa (kak ela terutamanya sebab dia kan penah study kt UiTM dulu) yang tahu pasal rumah2 sewa di sekitar UiTM Shah Alam, please info aku or Yin.

Yin yang ala2 komunis Jepun..hahaha

Oh ya, pada Amira yang memang tengah sambung belajar di USIM, belajar rajin2 ye. Jangan malas2 cam aku ni. Keje pun malas dah. Hahahaha...

Dibawakan khas oleh:

Tuesday, June 16, 2009

Nostalgia lagi...


Barisan belakang dari kiri : Abang Man (Musa), Allahyarham Pak Su, Abang Kemal, Abang Nua, Didi, Abang Man (Muda), Pijan. Barisan tengah dari kiri : Yin, Allahyarham Along, Acek. Barisan depan dari kiri : Iwan dan Yamin.

Sayang muka Along tak kelihatan... oh how I miss my daddy! Al-Fatihah /no.


Allahyarhamah Hajah Mardiah Hassan.



Masa ni malam kami nikah. Makan bihun sup je beb. Dari kiri : Allahyarham Tok Cik Tg Karang (meninggal pada 21 Januari 2009, bersamaan dengan 24 Muharram 1430) dan cucu dia, Acek dan yang nampak sipi tu adalah Nen.


Dari kiri : Allahyarham Ayah Sam (aku panggil ayah sebab dia dan mak Siah pernah bela aku masa aku kecik. Dah jadi macam mak ayah sendiri), Pak Lang Non dan Allahyarham Pak Njang Imas (betoi ka ni Awa/Kak Bib?).

Ayah Sam dengan Ayah meninggal pun dekat². Ayah Sam 6hb Julai 2001, Ayah meninggal 16hb Julai 2001. Beza 10 hari. Depa berdua ni memang bersahabat baik.


Gambar ni mesti korang nak sangat tengok kan... dari kiri : Mak Lang Gayah, yang terlindung tu la Tok Kit (tok aku, mak kepada mak - Along perempuan), Allahyarhamah Nyang dan Allahyarhamah Mak Siah yang aku sayang. Mak Siah meninggal dalam eddah, yakni dalam tahun yang sama dengan Ayah Sam. Sudden death. Tak lama lepas borak dengan mak kat telefon plak tu.

Seronok tengok orang dedolu. Saling mengenali. Walau pun tiada pertalian darah, tapi masih kekalkan silaturrahim antara satu sama lain. Keluarga yang jauh masih saling kenal-mengenali. Adakah kita mengekalkannya begitu? Nyang contohnya.. pernah tido kat teratak kecil kami tu. Aduhh... rindunya pada yang telah tiada. Al-Fatihah!





Saturday, June 13, 2009

Nostalgia : Gambar anak² menakan/buah


Mira dengan mak lang Shidah yang slim. Mana mari Mak Nde ni? Mira ni kekwat jugak dulu. Tambah dengan mak ngah Bibah. Ye la.. mak ngah balik dari US tahun 1993. Masa tu umur dia 2 tahun. Maknanya 2 tahun tu tak pernah kenal dengan mak ngah. Bila mak ngah lalu ja dia depang tangan dia tu.


Amaran! Gambar 18sx.. gambar Husna bolen²... Debok budak prem sorang ni. Cik Ela ada gambaq Una tengah dok poop atas potty tau!


Alif. La ni Alif dah tingkatan 2. Belajar di MRSM Transkrian.



Amira dan Yamin si pipi labuh. Amira nak masuk 18 tahun, Yamin dah tingkatan 3 dan bakal menduduki PMR tahun ni. Amira di USIM, Yamin di SMKA Nibong Tebal.


Mak dengan Anis. Anis darjah 6. Bakal menduduki UPSR tahun ni.



Tahun 2003. Husband, aku, Mira, Yamin, Alif, Una (sebaya Yamin), Sayuti, Anis dan Dini. Mira dan Una sebenarnya antara anak menakan yang tak bagi aku kawen. Mak sedara favorite la katakan...





Friday, June 12, 2009

Nostalgia : Gambar² Amalina

Gambar dari kamera aku ni (konica auto) bukannya lawa sangat. Tak dapat tanding DSLR/digicam zaman sekarang la. Even camera phone pun lagi canggih zaman sekang ni tapi /nobigdeal janji ingatan yang kekal abadi.


Lina pakai baju merah. Budak gelap tu aku la tu. Aku sampai la pun gelap. Dah la minat sport plak tu


Lina dengan "ehem²" masa bertunang. Raya tahun 1999. Apa kad tu tulis "head over heel"? /wahaha


Sapa la ni gamaknya? Masa ni malam buka hadiah tahun 2000. Lina macam merajuk-rajuk sebelum hari kenduri. Pasal kononnya ada orang tu tak ingat birthday dia. Kuat merajuk makcik tu.. :P. Bila aku tengok gambar ni nampak la hasil kerja tangan aku kat pelamin tu. Dan aku ingat jugak aku tempek inai kat kakitangan Lina. La ni tak main la cara tradisional cam kami tu. Boleh beli yang siap dah ada corong lagi!


Resepsi di Setapak


Krsty Pinky dengan Jihan... hangpa masa ni masih dara lagi youuu!


Sampai² je majlis resepsi ni terus je bagi makan. Bagus²! Aku pun nak praktik macam tu nanti untuk anak² aku. Huh.. gigih²!


Aku ingat Nek Lang pun ada masa ni tapi sayang gambarnya aku tak ambik. Antara ole² yang aku ingat - tapai


Dah tentulah ini aku. Sebok je interframe jugak!






Gambar² yang teringin korang lihat...

/hihi I'm back... korang pasti teringin tengok gambar² yang aku korek dan scan ni. /dignose Tambah lagi yang last sekali tu... kuang³. Nostalgia seyyy!


Dua orang di dalam gambar ini telah pun meninggalkan kita semua. Tok berdiri sebelah Mira, cicit pertamanya. Sementara Paksu dan Chu duduk di tangga. Rumah tok ni lawa bagi aku. Aku ingat lagi bilah beranda dia tu boleh cabut². Aku, Salina dan Lina selalu main bank². Padahal tak sorang pun kerja bank sekarang ni.. huhu!


Tok dengan Nadia



Along dengan aku. Time kecik² suke beno pakai seluar pendek. Rumah ni pun banyak nostalgia. Rumah paling kecik dari TP-KK. Aku panggil rumah sabut sebab banyak sabut mak ayah letak keliling rumah. Aku ingat lagi aku suka menyorok dari ayah lepas dia balik solat Isya' dari surau. Bila dengar dia bagi salam ja aku lari. Nyorok celah lemari. Sekali tu aku nyorok bawak longgokan kain. Udahnya aku tertido dan dia nyaris terpijak aku yang nyenyak tido bawah kain


Abang Man, Kak Bib, mak dan ayah. Masa ni kak Bib dengan abang Man baru kawin kot. Tak ingat dah


Afro sungguh rambut mak aku... Stail orang dedolu yang suka kerintingkan rambut


Oh yang peluk Didi ni bukan girlfriend dia... =)). Ni husband aku. Ni malam aku bukak hadiah. Aku nangis malam tu, Didi yang pujuk. Hanya orang tertentu je tahu kenapa aku menangis. Yang pasti bukan sebab husband aku.... :D






Sunday, June 7, 2009

Majlis Resepsi Ghan & Anden - 7hb Jun 2009

The Pengantin - Ghan & Anden
Melangkah segak bergaya..mutu keunggulan..hahaha
Cam awek dolu2..
Yang ni awek terbaru & zaman sekarang...hahaha (cik Gedah pedajal Mawar)
Sempat berfoto bersama pengantin
Yang ni cam rope lelaki kasanova (bak kate Lina)
Ayu sey Ghan time ni..Sha ckp cam awek jepun. (skrg jd bini jepun daa)
Ungu tema diorang kali ni.
Cik Gedah yang anggun, cam mak Datin..awwww!
The Pengantin & Parentz
Sangat gorgeous!

Dibawakan khas oleh: