Tuesday, April 21, 2009

Senarai ahli keluarga...

Aku sebenarnya masih mencari-cari application yang sesuai untuk membuat 'family tree' secara online saja. Senang nak tahu dan imagine kedudukan ahli dalam keluarga ini. Yang boleh letak gambar sekali. Pernah main The Sims 3D? Masa cipta orang tu kan boleh drag apa hubungan antara deme. Macam tulah lebih kurang yang aku nak buat.

Namun aku ada senarainya. Datanya dalam bentuk Microsoft Excel. Berikut adalah senarai ahli keluarga yang masih hidup hingga ke hari ini - alhamdulillah, siap dengan tarikh lahir dan umur sekali:

Keluarga Allahyarham Ramli bin Hj Hamid


Keluarga Hj Ibrahim bin Hj Hamid


Keluarga Hj Samsudin bin Hj Hamid


Keluarga Jamiah binti Hj Hamid

*Untuk view yang lebih besar sila klik pada imej serta untuk menukar tarikh lahir ke tahun Hijrah, sila lawati web ini.


Tu pun tak lengkap juga. Aku tak pasti nama penuh suami Waida, either Md Shariff or Mohd Shariff nama bapanya. Alamat yang aku tak update adalah alamat Chu, Didi (yang terkini kat Rathisa bridal kan?), Waida, Abang Kemal, Kak Shidah dan Kak Tie. Masing² pindah. Lupa sungguh nak update! Tarikh lahir Pijan dengan Iwan pun aku tak tahu.

Oh ya... itu senarai yang masih ada hingga ke saat ini. Antara mereka yang telah pergi mengadap Ilahi adalah seperti berikut:

1. Allahyarham Hj Hamid
2. Allahyarhamah Hjh Mardiah
3. Allahyarham Ramli bin Hj Hamid. Lahir pada 24 Ogos 1938 (dalam IC tulis 13 Julai 1939.. apa daaa. Aku jumpak surat beranak asal dia yang dah koyak rabak tapi masih boleh dibaca). Meninggal pada subuh hari Isnin, 16 Julai 2001 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1422, di usia 63 tahun (pak aku le tu).

Tahap moyang dah tak tahu tapi kalau Acek boleh bagi info pun bagus juga. Tu sebab jugalah terciptanya blog ni, supaya waris akan datang jadi penyambung susur-galur dan dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam blog ni. Nanti deme boleh la buat blog ni sebagai sumber rujukan.

Waida, hang ingat lagi tak suasana di hari pemergian Along? Bila dikenang aku jadi sayu. Tambah bila ada suara si kecil yang nakkan tok wan dia kembali. Si kecil tu la ni dah tingkatan 3 pun.

Di, hang ingat tak satu malam di bulan puasa nak dekat² raya kita main bunga api depan rumah aku kat kampung. Bising punya pasal, dia keluar baling kayu kat kaki kita. Mencicit kita lari. Salah kita jugak, dah bising pastu main bunga api sampai larut malam.

Cerita pasai bunga api, aku ingat aku main dengan Didi jugak la yang kami bakar pokok kelapa depan rumah tok tu. Alahai kenangan... Aku banyak main dengan Didi sebab sepupu² pompuan aku tak layan aku, pastu korang asyik main masak²lah, main doktorlah... padahal aku lebih suka mainan yang adventure. Panjat pokok, berkubang dalam parit, main tumbuk², main mercun, dll.

Along lelaki walau pun bukanlah seorang insan yang sempurna, cepat naik angin (cepat gak coolnya), mudah mesra, mudah memaafkan, amat gemar merai tetamu, cakap lepas (tapi tak simpan dendam), agak complicated tapi amat rapat dengan aku dan aku amat sayang padanya. Sehingga hari ini bila aku kenangkan dia, di saat aku rindukan dia, memang menitis air mata aku, termasuklah di saat aku taip benda alah ni. Kata Along perempuan, kalaulah dia boleh telefon Along, dah pasti dia akan lakukannya. Bukan tak redha dia pergi, sebab yang hidup pasti akan merasai mati, tapi rindu dan kenangan yang hadir sudah barang pasti tidak dapat dibuang. Al-Fatihah untuk semua orang.

Eh.. yang mana tak lengkap info tu inform la ye... thanks..



~Ela/Cik Ela~

8 comments:

Anonymous said...

alamat umah den:
9-3-07, Kekwa Apartment,
Jalan Putra Perdana 5B,
Tmn Putra Perdana,
53100 Puchong, Selangor.

hubby full name:
Mohd Sharizal bin Sarif

Mawar birthday:
7th April 2009 bukan 4/7/09 :D

kak Ela said...

eh.. aku check memang betul aku taip 7/4/09.. hang tau la setting excel ni...

Anonymous said...

sama birthday dengan abah. caya caya. patut la aku macho. kekeke...

-HasnolMizam

thephotographer said...

macam mana nak join ?

thephotographer said...

aku muhd rushdi bin samsudin, 3/3/1982, lot 17200, jalan tengku mizan, kg.pengkalan arang, 21200 kuala terengganu, terengganu

Ela said...

Abang Hasnol,
caya²! nanti balik PH bleh celeb sekali. ni baru tau ke memang buat² tak tau sebelum ni?


Di,
nanti aku resend invitation dia kat yahoo nko tu... hehehe... awat aku terlepas pandang hang punya nama? bini + anak hang ada.. misteri²!

Anonymous said...

dah lama tau.. sebelum kahwin lagi..

-HasnolMizam

Sue.Aleen said...

hehehe... bagus².. ni anak bapak ni!