Thursday, April 30, 2009

1122, Taman Pusara, Serdang...

Sekitar hari pengkebumian aka accidently family gathering (be careful on what you wish!) semalam. Sorry la.. resolution tak bagus sangat. Camera phone jek. DSLR belum sempat nak rembat la.. poket kering memanjang... menganggur plak tu!

Masjid UPM... Kami terus ke sini sedangkan jenazah sedang diurus di Masjid Serdang Jaya. Tiba sekitar 10.30 pagi.

Satu liang lahad yang lain bersedia untuk menerima penghuni. Bilakah giliran kita? Maut menjemput tidak kira kita bersedia atau pun tidak...

Mereka² yang telah pergi. Al-Fatihah..

Sanak saudara yang hadir dari kedua-dua pihak. Semangat kekeluargaan yang makin hilang pada generasi baru kini apabila yang berusia lebih mengenali ahli keluarga masing². Yang dulu sentiasa merapatkan jurang walau pun sekadar si kakak ipar mampu mengenali keluarga birasnya.

Pak Chik Rashid dan Abang Juhan. Totally stranger. Tapi saling mengenali. Abang Juhan hadir atas dasar 'anak sulong' Mak (family kami memang ramai anak angkat terutamanya lelaki.. yang juga selalu disebut-sebut sebagai 'anak tuut'. La ni dah ada 'cucu tuut' plak.. Btw, aku sayang abang..). Semangat persaudaraan yang perlu dicontohi.

Talkin dibaca. Peringatan dan iktibar terutamanya untuk yang masih hidup.



1122, Taman Pusara (atas bukit), Serdang... alamat terakhir Pak Su Mat Radzi bin Taib. Semoga bersemadi dengan tenang.. insyaAllah..

Saat melangkah terpandang anak² yang keberatan untuk meninggalkan abah mereka. Lina, Iwan dan Pijan berdoa untuk kali terakhir di pusara sebelum berangkat pulang. Tinggallah isteri, tinggallah anak, tinggallah saudara...


Aku sempat menatap wajah Allahyarham di saat akhir sebelum dimasukkan ke liang lahad. Upacara selesai lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Untuk rakaman sejarah:

Nama Allahyarham : Mat Radzi bin Taib

Panggilan : Pak Su sebelah keluarga kita, Pak Ndak sebelah keluarga Pak Su sendiri

Tarikh lahir : 12 Oktober 1953 (Chu kata Pak Su lahir 1952)

Tarikh meninggal : 29 April 2009, bersamaan 4 Jamadilawal 1430H

Catatan :

Dikhabarkan meninggal sekitar pukul 5.30 pagi dalam keadaan tidak diduga. Mungkin saja dalam keadaan bergurau bak kata Salina. Allahyarham turun dari tangga ke ruang tamu. Katanya panas di atas. Saat berbaring si anak berasa tidak sedap hati lalu melihat si abah yang menjadi semakin sejuk anggota badannya. Berdasarkan pengalaman Salina bersama dengan arwah tok di saat akhir, si anak memanggil si ibu untuk turun dan melihat sendiri keadaan si abah. Tidak lama selepas itu, Allahyarham pun pergi mengadap Ilahi.

Pada masa tersebut hanya Salina dan Chu yang berada di rumah. Punca kematian mungkin saja boleh dianggap 'sudden death'/mati terkejut bak kata orang tua². Wallahu'alam. Dapatkan cerita sendiri dari Chu/Salina. Sekiranya ada kesilapan atas catatan ini, aku mohon maaf bebanyak.



Aku mungkin saja kurang rapat dengan Pak Su tapi suatu masa dulu, aku begitu rapat dengan Salina. Mungkin kerana kami sebaya. Bersaing dalam pelajaran, malah dari segenap segi. Bila dia balik kampung, akulah yang dicarinya dulu. Nostalgia yang aku tak mungkin lupa sampai bebila. Aku pernah menyampaikan salam kepadanya melalui seorang pensyarah UPM yang aku kenali yang juga mengenali Salina (macam tak percaya!).

Korang semua adalah sedara aku. Jika aku tak ucap pun, sungguh pun tak jumpa bertahun, sedar atau tidak aku tetap menyayangi kalian. *bebaru ni jumpa sepupu sebelah mak.. believe it.. 33 tahun dia hidup di dunia ini. Itulah baru pertama kali berjumpa dia. Terbit sudah rasa sayang padanya.. sungguh!*. Sesungguhnya ikatan persaudaraan tidak akan putus selamanya. Turut hadir semalam - Cik Gedah, Cik Tota & keluarga, Cik Lin dan suami, Abang Juhan, Kak Chik Maliah, Angah, Acek + keluarga, Yong, Kak Bib, Mira, Along, Aku dan family, Awa & Jef, Waida & keluarga, Lina & keluarga, Abang Kemal & keluarga serta keluarga² sebelah Pak Su - Chu Mah, Pak Chik Rashid & isteri, Abang Amir Hizam (salah seorang anak tuut mak) dan keluarga, kakak² Pak Su yang aku tak tahu nak describe pangkat deme, sepupu² Salina yang aku tak berapa nak kenal..

Jika tiada aral, mahu saja rasanya tinggal seketika di rumah Chu sebab aku begitu memahami erti ditinggalkan dan berasa sunyi sepi. Itu antara anak dan ayah, inikan pula antara suami isteri. Tabahlah Chu, Lina, Pijan dan Iwan. Kami hanya pulang seusai bertahlil dan makan sekitar jam 10.30 malam. Sebelum pulang Chu sempat pesan untuk sentiasa ziarahi dia. InsyaAllah kami akan ziarah Chu lagi dari masa ke semasa. AL-FATIHAH buat semua yang telah pergi - Tok Wan Hamid, Tok Mardiah, Ayah aku aka Along dan Pak Su.


~Ela/Cik Ela~

No comments: