REZEKI   YANG  BERKAT
A: Jika kamu bersyukur Kami tambah nikmat tetapi jika kamu kufur Kami sediakan azab  
     yang pedih                                                                                   Ibrahim: 7
A: Siapa yg tawakkal pada Allah,  Allah akan mencukupkan (rezeki) nya      At-Talak: 3 RA: Wahai anak Adam banyakkan kamu menyembahKu, maka Aku akan menjadikan 
     hatimu kaya dan menutupi kefaqiran / kemiskinanmu  Jika kamu ingkar melakuknya    
     maka Aku akan penuhi tanganmu dgn kesibukan dan Aku yg tidak menutupi 
     kemiskinan mu           hr Ahmad, Tirmiizi,Ibn Majah & Al-Hakim – dari Abu Hurairah
R: Tidaklah dari orang mukmin itu melainkan  baginya 2 pintu - pintu naik amal dan 
     pintu turun rezeki, maka bila ia mati menangislah keduanya.     hr Tirmdzi dari Anas
R: Siapa yg banyak membaca  astagfirullah menjadikan Allah baginya  kelepasan  dari 
     setiap kesedihan dan kesempitan - ada tempat keluarnya rezeki yg tidak terhingga.
                                                                                                            hr Ahmad 
R: Tetapkan dirimu dgn qanaah (cukup dgn yg ada) maka sesungguhnya mencukupi yg 
     ada itu - itulah harta / rezeki yg tidak akan habis.                         hr Thabrani
R: Wahai anak Adam jangan sekali-kali kamu malas mengerjakan 4 rakat di permulaan 
     siang ( zuhur) agar Aku cukupkan keperluanmu ptg harinya       hr Hakim & Tabrani
R: Siapa yg ingin dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia 
     menghubungkan silatrurahim                                                      hr Bukhari 
R: Bila seseorang hamba itu meninggalkan berdoa untuk ibubapanya nescaya putuslah 
     rezekinya darinya                                                                          hr Hakim & Dhailami
R: Tidaklah dicabut rahmat melainkan terhadap orang yg derhaka.    hr Ibn Hibban
R: Seseoang itu diharamkan rezekinya kerana dosa yg dilakukannya                 hr Tirmizi
R: Siapa yg banyak istigfar Allah akan menghapuskan segala kesusahannya, menyelesai 
     kan segala masaalahnya dan memberi rezeki yg tidak disangka 
                         hr Ahmad, Abi Daud, An Nasai, Ibn Majah & Al Hakim – dari Ibn Abbas
R: Andainya kamu tawakkal pada Allah dgn tawakkal yg sebenarnya pasti kamu diberi 
    rezeki seperti burung - di pagi hari lapar dan petang harinya kenyang 
                                     hr Ahmad, Tirmizi Ibn Majah Ibn Hibban Al Hakim - dariUmar ra
R: Amanah itu mendatangkan rezeki dan khianat itu membawa kemiskinan   hr Dhailami 
R: 3 tanda celaka - makan minumnya haram, tidak suka bersama orang yg berilmu dan 
    solatnya suka bersendirian.                                                           hr Bukhari Muslim 
R: 3 tanda bahagia – makan minumnya halal, suka berilmu dan solat lima waktunya 
     bersama imam.                                                                              hr Ali Abi Talib ra
R: Jangan kamu memandang ke atas tetapi pandanglah ke bawah- itulah benteng kukuh 
     agar kamu tidak menghina pemberian Allah padamu.                hr Muslim
R: Sesungguhnya seseorang diharamkan rezeki kerana dosa yg dilakukannya dan tidak  
     dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak dapat menambah umur kecuali kebajikan. 
                                                                                                       hr Ibn Hibban 
Renungan         Punca pendek rezeki  – lalai beribadah, tidak bersolat, tidak berjamaah,                           
                          tidak byk selawat, tidak amanah, tidak bersedekah, tidak suka kebajikan, tidak syukur, derhaka dan tidak mendoakan ibubapa, tidak bersilaturahim, menangguh taubat, bakhil,tamak, berdosa, kufur, zalim dan malas usaha.                  
* tribute to achik yg byk mendidik kami mengenal hidup dan perjuangan...


No comments:
Post a Comment