Friday, April 10, 2009

Ucapan sulong....

Sejak akhir² ni ada saja ahli keluarga atau waris Hj Hamid yang terjebak menjadi 'blogger'. Saya sendiri... tepat pada hari ini telah menjadi blogger rasmi di blogspot selama 2 tahun. Berdasarkan fenomena ini, saya dengan ini menyeru agar kita semua bersama-sama menyumbang di dalam blog ini khas untuk menceritakan sebarang aktiviti berkenaan dengan mana² ahli keluarga Allahyarham Hj Hamid.

Saya merasakan bahawa medium ini dapat digunakan untuk menceritakan tentang susur-galur keluarga Allahyarham terutamanya di masa akan datang. Di mana ia mampu menjadi sebagai satu catatan sejarah untuk waris² kita mengenali ahli keluarga mereka sendiri. Cewahhhh... skemanya.... Nanti bila dah dok jauh boleh la jenguk² blog ni. Boleh la tahu aktiviti terkini masing². Tak gitu? (manalah tahu ada yang karang pi Jerman ke, Mesir ke, UK ke.. we'll never know).

Blog juga boleh dijadikan sebagai perjumpaan/gathering maya... diharap kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Sebarang cadangan bolehlah dikemukakan di bahagian komen. Tak kiralah cadangan apa... template ke, gathering ke... macam² lagilah...

Selamat menyambut pelawaan (sila lihat email masing²) dan berblog.... senyum sokmo weiihhh!!


Salam sayang,
~Ela/Cik Ela~


p/s : Sorilah... bahasa cacamarba.. rojak tak terhingga!

2 comments:

me said...

bgs2...lawa2...
pasni aku plak meh lepak cni pas aku melepakkan diri kt blog kengkawan aku..huhu

Sue.Aleen said...

mudah²an depa terima invitation aku