Tuesday, April 14, 2009

| Mawar Cinta Aneesa, penyambung generasi |

Salam..

Inilah pertama kalinya aku ingin berposting di sini. Nak juga menyelit walaupun tengah berpantang. Huhu.. itulah dia namanya semangat juang nak bersama-sama warga warung kopi ni. ( Sebut pasal kopi, teringin pulak tiba2. Hahaa...memang nak cari penyakit!)

Seperti tajuk yang tertera di atas, seorang lagi penyambung generasi Pak Hamid lahir pada bulan April. Mawar Cinta Aneesa, anakanda sulung kepada Ruwaida & Mohd Sharizal. Dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 7hb April 2009 (Selasa) jam 8.17 pagi dengan berat 2.47kg. Kalau nak diikutkan, dia cukup bulan pada 6hb April 2009, tapi dah tertera di Luh Mahfuz yang dia akan lahir pada keesokan harinya.

Pengalaman melahirkan Aneesa, cukup bermakna buat aku & suami. Detik-detik yang dikongsi bersama suami, rasanya lebih dirasai berbanding orang yang melahirkan zuriat tanpa ada suami di sisi. (Kalau tak percaya, angkutlah suami anda ketika anda sedang sakit bersalin). Kata dia, memang betul-betul menginsafkan dirinya. (Itu petanda bagus kan?).

Semoga dengan bertambahnya cucu cicit Pak Hamid ini akan mengeratkan lagi silaturrahim yang terbina selama ini. Buat tatapan semua, inilah gambar Aneesa. (Kalau nak panggil Mawar pun boleh).Mawar Cinta Aneesa di hari ke 5

* Teringat seorang lagi penyambung generasi Pak Hamid bernama Anisah. Nama yang hampir sama dengan anakandaku. Ia satu kebetulan :)

2 comments:

Sue.Aleen said...

thanks sebab meriahkan blog ni... ajak le ahli keluarga yang lain. kalo ramai yang join, maka tercapailah objektif blog ini diwujudkan.. insyaAllah.

Sue.Aleen said...

orang berpantang boleh minum kopi la... tapi kena minum panas²...