Wednesday, May 20, 2009

Aset keluarga dari segi akademik

Semua ahli keluarga adalah aset yang tidak ternilai. Tidak kiralah mereka berjaya dari segi akademik mahu pun sahsiah diri dan juga yang lainnya yang mungkin kita tidak dapat nilai secara kasar tapi dinilai oleh Yang Maha Esa. Itu juga dikira sebagai kejayaan.

Ni aku nak cerita tentang kejayaan ahli² keluarga dari segi akademik bagi membakar semangat kepada semua generasi, tak kiralah tua atau muda. Yang muda masih boleh mengejar cita² melalui pendidikan formal, tapi yang berusia tidak semestinya mengalah. Kena timba ilmu secara berterusan walau pun tidak formal. Tidak kira cabang apa pun. Biarlah minda kita terus berfikir. Ada kajian mendapati bahawa orang yang sentiasa berfikir dan membaca, tidak akan cepat lupa atau mendapat penyakit nyanyuk ketika menginjak usia yang lebih veteran. Sebenarnya keluarga kita ni pandai² juga. Genetik agaknya, alhamdulillah.. wallahu'alam. Bukan nak bangga tapi yang baik tu kita ambil jadikan teladan, tak gitu?

Salina adalah aset atau contoh ahli keluarga paling berjaya kerana berjaya menamatkan PhDnya pada tahun 2006 pada usia 28 tahun. Tesisnya bertajuk - Enzymatic Synthesis Of Oleyl Oleate, A Liquid Max Ester, In A Stirred. Aku dengan dia sebaya. Kami adalah dua orang ahli keluarga yang menjadi pioneer untuk masuk ke aliran sains. Bidang dia - kimia, sedangkan aku teknikal.

Aku nak upkan gambo tapi aku tak de gambar terbaru. Untuk info, dia belajar non-stop. Dulu nak ambil sampai Master je tapi ketentuan Tuhan tu udah lain jadinya. Kini dia bekerja di USIM sebagai pensyarah. Hari tu masa Pak Su meninggal (al-Fatihah) tak sempat nak ambil gambar terbarunya. Gambar yang ada ni adalah gambar tahun 1999 (tak banyak berubah pun).

Salina berada di tengah². Tepi tu dua² cousin dia.


Antara ahli keluarga lain yang berjaya dari segi akademik - Abang Nua (ITM), Abang Hasnol Mizam (UKM), husband aku (KUIS), kak Ija (ITM), Amalina (UPM), Didi (UTM), Waida (UIA), Sharizal (Kolej Islam Johor), Nor Saini (UTM), Syakirin (UiTM). Dan tunas² yang nampak berpotensi - Nadia, Amira, Husna, Alif, Yamin, Sayuti dan boleh jadi semua cicit Tok Hamid. Hari ni nak ikutkan husband aku akan dapat keputusan untuk dia sambung belajar bidang perakaunan. Moga dapat le... Aku sendiri pernah nak sambung tapi tergendala. Aku jenuh ajak dia sambung di UK tapi dia tak mao... sayang nak tinggal co dia yang tak pernah missed bagi bonus tu (walau pun ekonomi tengah gawat). Rezeki katanya...

Amira akan join USIM pada 23hb ni untuk peringkat matrikulasi. Mungkin Yong satu family akan lepak di rumah kami sebab mak pun akan ikut sekali. Dalam SPM yang lepas dia berjaya mendapat 7A 3B (hari ni Yong kata 9A pulak.. isk.. sabo je la. Mira! Sila jawab!).

Nadia juga bercita-cita nak menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi di universiti yang sama setelah menamatkan kursus matrikulasinya.

Tak lupa juga kak Bib sebab ahli keluarga pertama berjaya jejak kaki ke USA hingga dia pun hampir sambung belajar semula. Acek dengan Yong pun tak kurang hebatnya. Tanpa generasi dulu, siapalah kami generasi di bawah ni...





Anak² aku dapat belajar di Jordan, Mesir, UK, USA, Jepun pun dah cukup baik... ameen! Tapi sebelum tu mesti ditarbiyahkan... insyaAllah di sekolah² agama dan mungkin juga sekolah tahfiz supaya menjadi insan yang lebih terdidik jiwa mereka.

2 comments:

kak Bib said...

Tak lupa utk angah n hubby aku yg sama2 mengaji pondok (Kepala Batas Pokok Sena) Mrk ni walaupun x dpt degree mcm org lain tapi ilmu yg mrk miliki tu mmg hebat, berguna utk diri dan masyarakat. Menjadi org yg warak dan dimulaikan di dunia dan akhirat.

apis said...

sekeping kertas bergelar sijil bukan ukuran kebahagiaan dalam kehidupan. ianya membantu untuk bahagia jika tahu jalan dipilih. sijil itu bukanlah pelajaran tentang kehidupan, tetapi pelajaran meneruskan hidup!