Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

They turned us down again!

This is yesterday's story. Ingat tak aku kata result hubby aku nak keluar semalam? Result dia, dia GAGAL. Apa perasan korang kalau tengok kat skrin tu perkataan GAGAL. Aku rasa nak je gigit dan kalau boleh nak je flagkan portal UiTM tu. Errr... boleh ke?

Kenapa kami pilih UiTM? Husband aku keje kat Seksyen 7, Shah Alam. Balik keje boleh terus pergi kelas. Tak yah tempuh jem segala mangkuk! 2 tahun lepas aku apply nak buat part time civil engineering pun kena turned down jugak. Rayuan? Jangan haraplah aku buat.

Aku dah ingatkan husband supaya apply kat tempat lain sama sebagai back up. Tapi dia tak dengar. Aku pun rasa dia layak sebab dia kerja bahagian kewangan. Co dia bukan co kecik... dan ya... aku memang tengah marah pun! Marah dengan U tu! Aku marah lagi sebab ada orang nak belajar macam kami ni tapi tak nak terima pula. Apa masalahnya?

Dulu aku cakap kat dia.. apply la jugak Open U tapi dia kata mahal. Open U pun tak jauh dari office dia. Boleh mintak belajarnya di Unisel.

Balik rumah tu aku secara sinis usik dia, "Lain kali abang kena tulis abang tu anak orang UMNO baru boleh masuk UiTM!!".

Aku tak buat rayuan pasai aku ni anak bekas ahli UMNO tapi la ni sokong bulan! Hahaha! Oleh kerana aku ni jenis pesaing, baik aku cari IPT swasta, boleh jugak aku bersaing dengan pesaing² yang kompetitif di pasaran yang lebih terbuka. Dulu masa aku di ITM 2 orang je dapat 3 pointer, boleh? Cisss, apa barang!