Saturday, February 20, 2010
| Percutian Keluarga 2010 |
Di sini kite nak ajak buat perjumpaan / percutian keluarga sekitar Semenanjung Malaysia. Mohon berikan cadangan atau apa juga maklumat yang boleh dikongsikan bersama agar kita dapat menjayakan perjumpaan keluarga Hj Hamid ini. Sebabnya dari tahun lepas ke tahun 2010, kita jarang bersua dan tidak berkesempatan mengeratkan perhubungan antara ahli keluarga. Oleh itu, marilah laksanakan kempen cuti-cuti keluarga Hj Hamid tahun ini sampai menjadi! (Paksaan betul..hahaha)
Sekian, terima kasih.
* Aku update sebab tengok seme pun menyepi..
Tuesday, May 19, 2009
X PULAU LANG TAPI GUNUNG LANG
Monday, May 4, 2009
Kami bergeder lagi...
Tengah jalan sempat SMS Yong. Katanya dia tak balik Tanjong Piandang sebab ada majlis tahlil di Manjung. Tapi dia sempat ajak ke Pulau Sayak pada hari Sabtu. Gambar masa on the way balik Perak pada pagi Jumaat:

Gambar Mastura dan Adam je. Syafiah susah betul nak bekerjasama. Oh ye! Bagi orang yang tanya sama ada Syafiah tu pandai duduk ke idak. Dia belum duduk lagi ye puan²! What's wrong for being different? Tapi mak dia positif dia pasti akan duduk, berjalan malah berlari. Sila dapatkan maklumat terkini di blog dia naa...

Petang Jumaat sempat ke Billion, Parit Buntar. Ramainyeeee manusia!
Mula tu macam reluctant nak pergi. Tapi dah rezeki kami nak jejak Kedah. Kami pi jugak la... Bertolak pun lambat sekitar jam 12 tengahari. Antara yang pergi - aku, suami, Mastura, Adam, Aliff, Anis dan Aap. Sumbat jangan tak sumbat. Kalo aku ada MPV ke van dah sah², insyaAllah aku angkut semua kerabat aku. Mak tak nak pi sebab mak sakit kaki. Sampai di rumah Yong sekitar pukul 1 lebih. Jem plak kat Nibong Tebal atas jambatan tu sebab ada accident 3 biji kereta. Aduhh!
Lepas Zohor kita orang gerak. Sempat la jugak mengalas perut dengan laksa yang Yong buat. Dari rumah Yong, Pulau Sayak tu tak jauh. Dalam 50km je. Nama je pulau.. tapi ia sebenarnya perkampungan nelayan. Siap ada chalet lagi.
Gambar² di hari kejadian:



Among my favorite photo! Abang Nua dan suami. Baca paper macam baca dalam ribut! Angin bertiup kencang.

Apesal Yong, Alif, Aap dan Yamin ni macam pandang setempat je?
Meh makan mee udang.. tapi idak le macam Mee Banjir tu.. udang berekoq-ekoq. Rasa? Aku ni makan tak reti nak rasa. Yang paling sedap bagi aku adalah yang FREE.. huhu! Rega pun lebih murah..
Let's burn the calories! Lepas makan berpeluh pula menukar tayar kereta. Tayar baru plak tu. Really 'screw'ed up by a screw!
Apa motif Alif tangkap gambar pokok ni? 
Makam ini terdapat berdekatan dengan tempat makan kami. Di celah² perkampungan nelayan Pulau Sayak tersebut.
Lepas ke Pulau Sayak, kami jejak ke Pantai Merdeka pulak. Tak jauh pun dari Pulau Sayak.
Nun jauh di tanjung tu adalah Tanjung Dawai. Selain dari jalan darat, boleh ke sana dengan menaiki bot dari Pantai Merdeka.
Yong dan abang Nua
Kanak² ribena makan aiskrim... hehehe! Apapun aku sayang bebudak ni. Tiba² bunyi seakan helikopter mahu mendarat. Rupanya bunyi hujan dan angin yang datang sekaligus.
Tak dapat hujan di SU, hujan di utara pun jadilah. Rindunya aku pada hujan. Malam tu pulak hujan di kampung dari awal malam sampai ke hari esoknya. Lebat semalaman. Kalau di KL dah sah² banjir.
Yong kata kalau ada rezeki bolehlah ramai² pi dok kat chalet kat situ. Dia teringin nak belanja kak Shidah, abang Man, kak Bib dan siapa je la yang tak dapat pergi sekali tu. Thanks so much to Yong sebab dia yang belanja.
Dalam perjalanan balik kami singgah di rumah Yong lagi. Ambik buah pelam. Pastu perjalanan diteruskan ke Jusco, Perda. Jusco baru. Ada Big Apple di sini beb tapi tak belilah. Melayan bebudak tu main games kat games park. Dari sebelum Maghrib sampai ke pukul 10. Barulah kami pulang ke Perak lepas tu.
Minggu ni turn Awa bergeder dengan kawan² plus kak Bib di Terengganu. Jom ler bergeder lagi wei!! Nak tak nak kena tunggu la Jihan kawen ni pulak untuk bergeder beramai-ramai, insyaAllah.
~Ela/Cik Ela~
Thursday, April 23, 2009
Family Trip : Langkawi
Hotel Review- Located on the scenic beach of Pantai Cenang, where evenings come with enchanting sunset. Langkapuri Beach Resort offers you an idyllic holiday in Langkawi without compromising on budget and comfort. With a walking distance to The Underwater World, you are situated at the centre of the happening area. Nearby, there are a lot of private outlets for your dining and entertainments.A 2 star property, Langkapuri Beach Resort features with 32 cosy and clean chalets, which all rooms are air-conditioned, with TV, mini bar and hot shower. The resort offers four category of rooms, Standard, Deluxe, Seaview Room and Super Deluxe. As a beach resort with a good rate, it become a perfect choice for economical holiday trip. Langkapuri Beach Resort is located at beautiful stretch of Cenang beachfront, just 30 minutes drive from Jettypoint and 15 minutes from Langkawi Airport
Sape² yang nak join tue leh la. 3d 2n je. Percutian ni terbuka kepada semua ahli keluarga yang nak p. Tapi kalo korang rasa nak stay kt tempat lain pn tak pe. Gua no hal meh. Amaran: Jangan la expecting lebih² plak kt tempat ni. Ni bukan hotel/resort berbintang². Seram plak aku baca review psl resort ni. Hahaha.
Berapa entah seater van aku pun lupa. 8 ke 12? Dulu tahun 2007 kami pi, kami menginap di Kondo Istana. Ada 3 bilik + 2 bilik air. Masa tu bukan cuti sekolah tapi masa Deepavali. Kondo ni memang cosy la. Dekat je dengan Pekan Kuah. Ironiknya kami tak sempat pun jenjalan ke pekan tu sendiri, padahal jalan kaki pun sampai. Kami juga dibekalkan dengan sebuah MPV - Unser.
Senarai yang pergi 2007 - Aku satu family (Syafiah dalam perut), Awa, Along, Kak Bib, Una, Anis, Atip (adik ipar aku), mak mertua aku, pak mertua aku. Abih jugak la jelajah Langkawi. Yang aku dok teringat makan murah kat Telaga 7, setiap kali lunch je pi kat situ. Aku teringat lagi bersesak naik MPV tapi yang best tak seorang pun yang tinggal. Dan lagi pi sarapan sampai 2 trip.. muahahaha! Oh! Tak lupa juga sama dia punya roti arab kat sebelah kondo ni... perghhhh tak bleh lupa beb!
Dari KL kami naik bas ekspres. Naik kat Pudu pukul 1 pagi sampai di Kuala Perlis pukul 7 pagi. Balik pula naik keretapi dari Arau-Sg Buloh. Ada yang turun di Parit Buntar - Along, Kak Bibah, Husna + Anis. Tapi kali ni aku tak nak naik keretapi dah... tobattt! 12 jam tu.. berakaq bontot!
Untuk info:
1- Kondo Istana.
2- Langkapuri Beach Resort.


