Showing posts with label Ahli keluarga. Show all posts
Showing posts with label Ahli keluarga. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

| Percutian Keluarga 2010 |

Untuk perhatian ahli keluarga yang dikasihi,

Di sini kite nak ajak buat perjumpaan / percutian keluarga sekitar Semenanjung Malaysia. Mohon berikan cadangan atau apa juga maklumat yang boleh dikongsikan bersama agar kita dapat menjayakan perjumpaan keluarga Hj Hamid ini. Sebabnya dari tahun lepas ke tahun 2010, kita jarang bersua dan tidak berkesempatan mengeratkan perhubungan antara ahli keluarga. Oleh itu, marilah laksanakan kempen cuti-cuti keluarga Hj Hamid tahun ini sampai menjadi! (Paksaan betul..hahaha)

Sekian, terima kasih.

* Aku update sebab tengok seme pun menyepi..

Friday, July 3, 2009

Bulan ni siapa pula lahir?

/hihi Bulan ni birthday 2 beradik + 2 beranak. Kak Ija dengan Balqis. Aku dengan Awa.

Kak Ija lahir 28 Julai 1974. Binti pun sama cam kita orang iaitu Ramli. Haha! Balqis plak 19 Julai 2004. Balqis sebaya dengan Mastura.

Aku? Tak yah habaq la bila. Ada dah yang tau. Dah la Julai naik lagi usia ke 31, Syaaban (Ogos) ni naik pulak lagi ke usia 32 plak... adehhh..

Awa lahir 10 Julai 1986. Baru 23.. muda belia lagi.. Soklan cepumas jangan tanya dia. Setiap manusia berakal mesti berhati-hati ketika bertanya. Jika tidak, jadilah OKB yang tidak peka terhadap orang lain. OKB - orang kurang berfikir. /hmm

Age is just a number. Beza antara kita bukan beza usia, tapi beza letaknya pada taqwa dan kematangan menggunakan akal fikiran. Moga rezeki dan ketaqwaan kita bertambah seiring dengan pertambahan usia, insyaAllah.

Jadi ke weihhh... nak ke ayaq kejun ni? Kang kita orang je yang pergi...





Wednesday, May 20, 2009

Aset keluarga dari segi akademik

Semua ahli keluarga adalah aset yang tidak ternilai. Tidak kiralah mereka berjaya dari segi akademik mahu pun sahsiah diri dan juga yang lainnya yang mungkin kita tidak dapat nilai secara kasar tapi dinilai oleh Yang Maha Esa. Itu juga dikira sebagai kejayaan.

Ni aku nak cerita tentang kejayaan ahli² keluarga dari segi akademik bagi membakar semangat kepada semua generasi, tak kiralah tua atau muda. Yang muda masih boleh mengejar cita² melalui pendidikan formal, tapi yang berusia tidak semestinya mengalah. Kena timba ilmu secara berterusan walau pun tidak formal. Tidak kira cabang apa pun. Biarlah minda kita terus berfikir. Ada kajian mendapati bahawa orang yang sentiasa berfikir dan membaca, tidak akan cepat lupa atau mendapat penyakit nyanyuk ketika menginjak usia yang lebih veteran. Sebenarnya keluarga kita ni pandai² juga. Genetik agaknya, alhamdulillah.. wallahu'alam. Bukan nak bangga tapi yang baik tu kita ambil jadikan teladan, tak gitu?

Salina adalah aset atau contoh ahli keluarga paling berjaya kerana berjaya menamatkan PhDnya pada tahun 2006 pada usia 28 tahun. Tesisnya bertajuk - Enzymatic Synthesis Of Oleyl Oleate, A Liquid Max Ester, In A Stirred. Aku dengan dia sebaya. Kami adalah dua orang ahli keluarga yang menjadi pioneer untuk masuk ke aliran sains. Bidang dia - kimia, sedangkan aku teknikal.

Aku nak upkan gambo tapi aku tak de gambar terbaru. Untuk info, dia belajar non-stop. Dulu nak ambil sampai Master je tapi ketentuan Tuhan tu udah lain jadinya. Kini dia bekerja di USIM sebagai pensyarah. Hari tu masa Pak Su meninggal (al-Fatihah) tak sempat nak ambil gambar terbarunya. Gambar yang ada ni adalah gambar tahun 1999 (tak banyak berubah pun).

Salina berada di tengah². Tepi tu dua² cousin dia.


Antara ahli keluarga lain yang berjaya dari segi akademik - Abang Nua (ITM), Abang Hasnol Mizam (UKM), husband aku (KUIS), kak Ija (ITM), Amalina (UPM), Didi (UTM), Waida (UIA), Sharizal (Kolej Islam Johor), Nor Saini (UTM), Syakirin (UiTM). Dan tunas² yang nampak berpotensi - Nadia, Amira, Husna, Alif, Yamin, Sayuti dan boleh jadi semua cicit Tok Hamid. Hari ni nak ikutkan husband aku akan dapat keputusan untuk dia sambung belajar bidang perakaunan. Moga dapat le... Aku sendiri pernah nak sambung tapi tergendala. Aku jenuh ajak dia sambung di UK tapi dia tak mao... sayang nak tinggal co dia yang tak pernah missed bagi bonus tu (walau pun ekonomi tengah gawat). Rezeki katanya...

Amira akan join USIM pada 23hb ni untuk peringkat matrikulasi. Mungkin Yong satu family akan lepak di rumah kami sebab mak pun akan ikut sekali. Dalam SPM yang lepas dia berjaya mendapat 7A 3B (hari ni Yong kata 9A pulak.. isk.. sabo je la. Mira! Sila jawab!).

Nadia juga bercita-cita nak menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi di universiti yang sama setelah menamatkan kursus matrikulasinya.

Tak lupa juga kak Bib sebab ahli keluarga pertama berjaya jejak kaki ke USA hingga dia pun hampir sambung belajar semula. Acek dengan Yong pun tak kurang hebatnya. Tanpa generasi dulu, siapalah kami generasi di bawah ni...





Anak² aku dapat belajar di Jordan, Mesir, UK, USA, Jepun pun dah cukup baik... ameen! Tapi sebelum tu mesti ditarbiyahkan... insyaAllah di sekolah² agama dan mungkin juga sekolah tahfiz supaya menjadi insan yang lebih terdidik jiwa mereka.

Tuesday, April 21, 2009

Senarai ahli keluarga...

Aku sebenarnya masih mencari-cari application yang sesuai untuk membuat 'family tree' secara online saja. Senang nak tahu dan imagine kedudukan ahli dalam keluarga ini. Yang boleh letak gambar sekali. Pernah main The Sims 3D? Masa cipta orang tu kan boleh drag apa hubungan antara deme. Macam tulah lebih kurang yang aku nak buat.

Namun aku ada senarainya. Datanya dalam bentuk Microsoft Excel. Berikut adalah senarai ahli keluarga yang masih hidup hingga ke hari ini - alhamdulillah, siap dengan tarikh lahir dan umur sekali:

Keluarga Allahyarham Ramli bin Hj Hamid


Keluarga Hj Ibrahim bin Hj Hamid


Keluarga Hj Samsudin bin Hj Hamid


Keluarga Jamiah binti Hj Hamid

*Untuk view yang lebih besar sila klik pada imej serta untuk menukar tarikh lahir ke tahun Hijrah, sila lawati web ini.


Tu pun tak lengkap juga. Aku tak pasti nama penuh suami Waida, either Md Shariff or Mohd Shariff nama bapanya. Alamat yang aku tak update adalah alamat Chu, Didi (yang terkini kat Rathisa bridal kan?), Waida, Abang Kemal, Kak Shidah dan Kak Tie. Masing² pindah. Lupa sungguh nak update! Tarikh lahir Pijan dengan Iwan pun aku tak tahu.

Oh ya... itu senarai yang masih ada hingga ke saat ini. Antara mereka yang telah pergi mengadap Ilahi adalah seperti berikut:

1. Allahyarham Hj Hamid
2. Allahyarhamah Hjh Mardiah
3. Allahyarham Ramli bin Hj Hamid. Lahir pada 24 Ogos 1938 (dalam IC tulis 13 Julai 1939.. apa daaa. Aku jumpak surat beranak asal dia yang dah koyak rabak tapi masih boleh dibaca). Meninggal pada subuh hari Isnin, 16 Julai 2001 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1422, di usia 63 tahun (pak aku le tu).

Tahap moyang dah tak tahu tapi kalau Acek boleh bagi info pun bagus juga. Tu sebab jugalah terciptanya blog ni, supaya waris akan datang jadi penyambung susur-galur dan dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam blog ni. Nanti deme boleh la buat blog ni sebagai sumber rujukan.

Waida, hang ingat lagi tak suasana di hari pemergian Along? Bila dikenang aku jadi sayu. Tambah bila ada suara si kecil yang nakkan tok wan dia kembali. Si kecil tu la ni dah tingkatan 3 pun.

Di, hang ingat tak satu malam di bulan puasa nak dekat² raya kita main bunga api depan rumah aku kat kampung. Bising punya pasal, dia keluar baling kayu kat kaki kita. Mencicit kita lari. Salah kita jugak, dah bising pastu main bunga api sampai larut malam.

Cerita pasai bunga api, aku ingat aku main dengan Didi jugak la yang kami bakar pokok kelapa depan rumah tok tu. Alahai kenangan... Aku banyak main dengan Didi sebab sepupu² pompuan aku tak layan aku, pastu korang asyik main masak²lah, main doktorlah... padahal aku lebih suka mainan yang adventure. Panjat pokok, berkubang dalam parit, main tumbuk², main mercun, dll.

Along lelaki walau pun bukanlah seorang insan yang sempurna, cepat naik angin (cepat gak coolnya), mudah mesra, mudah memaafkan, amat gemar merai tetamu, cakap lepas (tapi tak simpan dendam), agak complicated tapi amat rapat dengan aku dan aku amat sayang padanya. Sehingga hari ini bila aku kenangkan dia, di saat aku rindukan dia, memang menitis air mata aku, termasuklah di saat aku taip benda alah ni. Kata Along perempuan, kalaulah dia boleh telefon Along, dah pasti dia akan lakukannya. Bukan tak redha dia pergi, sebab yang hidup pasti akan merasai mati, tapi rindu dan kenangan yang hadir sudah barang pasti tidak dapat dibuang. Al-Fatihah untuk semua orang.

Eh.. yang mana tak lengkap info tu inform la ye... thanks..



~Ela/Cik Ela~