Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Friday, May 22, 2009

Kisah pencuri impian...


Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda.

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

"Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya."

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

"Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak."

Dicilok daripada DrInspirasi.com.



Aku nak buat statement yang amat racist di sini.

Bos aku berusia hampir 50 bila dia ambik keputusan untuk sambung belajar MBA. Bos aku ni Cina (racist sungguh statement aku ni) dan cukup ngam dengan aku. Ada pangkat Ir, pernah belajar di USA, pernah kerja di Mindef bersama-sama dengan orang Melayu, suka sangat bergaul dengan orang Melayu dan staff pun suka pilih orang Melayu serta ada ijazah kejuruteraan. Even co yang kami kerja tu pun co Melayu. Itu realitinya.

Bila aku tanya, "M, why do you have to trouble yourself to be a student again?". Apa lagilah yang dia cari dalam hidup ni? Rumah dia banglo, kerjaya stabil, duit banyak, every year masa aku kerja dengan dia mesti ada cuti 1 minggu untuk honeymoon dengan bini. Dan paling aku respek sebab dia hormat bibik dia dan aku yang beragama Islam. Minta aku printkan jadual waktu bulan puasa untuk dia pastikan bibik dia tu boleh beribadat. Liquor tak minum, merokok pun idak, bab1 makan kat luar je tak makan kat rumah. Tu pun orang belanja. Bawak pun keta Waja! 

Bab memback up aku, dia ni jadi no. 1 di luar selain suami aku sendiri. Masa aku keja bawah dia, 2 kali aku naik pangkat dalam 2 tahun yang berturut-turut. Agaknya jika aku tak de impian, jangan haraplah aku berusaha untuk capai position tu. 

Dia menjawab, "It's all about self satisfaction. I'm trying to achieve my dream and dare to challenge myself for something new". Ha... tu dia! Dia bagi jawapan pada persoalan yang aku cari.

Korang mungkin tengok aku dok rumah. Tak kerja sekarang ni. Tak semestinya impian mesti aku kuburkan. Belajar mesti sepanjang hayat. Bukan hanya kerana sekeping kertas. Tapi belajar mesti kerana nakkan kepuasan dan ilmu yang berkat. Sama la macam bos aku yang masih baik dengan aku sampai sekarang ni. Nak ikutkan kita ni buat apalah orang yang dah ada macam² tu nak sambung belajar? Nyusahkan diri saja.

Aku mungkin saja macam TERPAKSA kuburkan impian aku nak further dalam bidang kejuruteraan yang aku minat, tapi secara informal aku tetap akan teruskan. La ni rahmatnya aku dapat Syafiah si kecil yang hebat tu, aku belajar tentang neuro pulak. Banyak benda yang aku timba selama 1 tahun ni. Dan insyaAllah aku takkan stop... (sampai saat Allah swt takdirkan aku mesti stop, barulah aku stop dan redha dengan semuanya). 

Friday, May 8, 2009

Salam semua....kami dah balik...

indahnya pulau ni....aku akan dtg lagi...

Apa khabar semua...kami dah selamat kembali dr bercuti 3 hari 2 malam di Pulau Lang Tengah. Satu pengalaman dan percutian yg amat berbaloi. Bercuti sambil reunion dgn kawan2 ni mmg best sungguh...kalau berdua je siapa nak tolong ambilkan gambar berdua kita ye tak??? Jadilah mcm most pic honeymoon aku dulu tu sorang2 je...ada le kot 4 keping dgn hubby tu pun kena minta org ambilkan...
pemandangan pantai di waktu pagi

Bebudak 3 org lagi tu mmg enjoy sakan, Awa ada masa kena juga berkepit dgn hubby. Aku yg paling senior ni sesekali suka bersendirian..lebih santai dan enjoy the moment alone! Lagipun malas la nak kacau daun...aku yg jenis lone ranger ni mudah je...org lain masih tidur aku dah morning walk di tepian pantai yg begitu mendamaikan hati...desiran ombak...suasana pagi yg tenang...terapi utk org yg bermasalah atau baran...


pagi di hari kedua sebelum pergi snorkelling



Kutip kulit siput..batu karang dan dpt hammock free dr seorang trainer kat situ. Pengalaman aku tak blh lupa bila kena daki bukit dan turun bukit masa jungle trekking. Mengah ya ampun...lama dah tak buat aktiviti mcm tu...dah la paling veteran...badan yg debab cam ni alahai...mcm nak pecah dada rasanya beb! tapi...semangat juga nak buat sebab rasanya kalau dah sampai situ tak buat semua aktiviti yg dirancangkan utk kita...mcm rugi plak!



rehat sebentar selepas jungle trekking


Snorkelling mmg best sebab dpt tgk hidupan laut yg tidak terdapat di pantai mcm Ban Pecah tu. Air yg jernih sampai nampak segala batu karang dan hidupan di dasarnya...menakjubkan, Subhanallah!!! Cuma hari kedua aku dah fail...kepala tak berapa nak betul (pening...aku rasa pagi tu breakfast nasi lemak aku tak tahan...) org lain blh lama dlm air aku dan awa terpaksa naik atas bot semula...Jeff lebih awal naik sbb takut...kawasan tu dlm dan dia rasa gerun tengok ke bawah...budak yg lagi 3 org tu siap dpt seekor penyu dan dpt bawa naik atas bot.



masih ceria dan bersemangat walaupun mabuk laut...


Tetiba aku meloya sakan...uwekkkk! terus terbuang dlm laut...penuh disambar ikan...apa yg aku breakfast pagi tadi kini dah jadi santapan ikan kat situ plak...pening...berpusing rasa...di dlm rasa membuak2 nak keluar lagi...then muntah lagi...yg seronok tgk ikan tu begitu byk yg dtg...berkerumun dan berpuak2...Habis semua yg aku makan pagi tadi keluar balik...lega. Picit kepala dan aku minum air kosong dan rehat atas bot...jeles tgk yg dlm air blh snorkelling dan dpt lihat coral kat bwh tu....dpt lihat ikan jerung putih (yg kecil je la....kalau yg besar mampus kami tak masuk ke laut!!!!....tempah maut!)




..2 baby tua berbuai..



Lepas dinner acara yg aku paling suka...berkaraoke! mlm tu saja nak test power ok tak lagi menyanyi dan bawa lagu nada tinggi...3 jam beb! org lain spent kat luar tapi aku blh je duduk dgn sorang adik tu menyanyi berselang seli dan duet dgn dia....sikit punya sporting budak tu...lagu dia tak leh bawa pun aku juga yg habiskan....hahaha! 2 mlm aku berkaraoke kat situ, lega rasanya sebab dah 3 tahun tak test power suara aku ni lama2 cam tu....kira ok lah juga sebab suara tak hilang..tidur pun lewat (sbb lepas balik tu aku dpt mengaji jugak...ye lah nak balance kan tadi dah melalak so kena ada masa juga nak imbangkan utk yg satu lagi...dpt habiskan satu surah dan mlm berikutnya satu surah...then tidur dgn amannya...!


Satu perkara lagi yg aku tak pernah try dpt aku buat masa kat pulau tu ialah main snooker. Cepat benor aku belajarnya...dpt masukkan bola terus menerus sebanyak 3 kali. Suka nak main bende alah ni tapi kalau dpt beli bubuh satu kat rmh, aku rasa blh jadi champion aku!!! hehehe. Main corrum pun aku mng gak...hehehe pandai anak tok ram kalau bab main ni!!!!


Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku masa kat Island tu...just nak sharing dgn yg tak p...jgn korang risau ada masa in the future kita buat family gathering kat situ...best sangat2! Terasa macam pulau sendiri pulak...dr segi layanan staf, makanan dan tempat penginapan itu sendiri mcm rasa kat rmh dan kg sendiri. Tenang dan mengasyikkan sekali...Rasa aku la...dr kita p ke Langkawi....baik p situ. Balik kami sempat singgah kat KT dan pergi ke Pasar Payang yg mcm wajib ke sana bila berada di Terengganu. Mlm jam 8.30 kami dh selamat sampai di rmh Awa. Ada sikit2 lagi mabuk laut tapi...sempat juga lagi nak tulis dlm blog ni...
ye lah...sharing is caring, caring is loving...bye semua I miss u guys!!! especially aku miss kat anak aku...




~ kak Bib ~