Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Monday, November 23, 2009

| Selamat Hari Raya Haji |

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji pada hari Jumaat ini, bersamaan dengan 27hb November 2009. Kalian sanak saudara akan beraya di mana? Bagi Waida, Kak Lina, Yin & Abang Kemal sekeluarga akan pulang ke Pengkalan Hulu, Perak. Khabarnya, pada hari Khamis ini, Cik Gedah dan Cik Lin sekeluarga akan turut ke sana. Pastinya raya haji tahun ini akan lebih meriah di Pengkalan Hulu. Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki ke tempat yang segar dan sejuk tu. Khabarnya ibu, di sana setiap hari hujan dan abah selalu memakai baju sejuk. (Tu peringatan untuk semua sanak saudara, sila bawa baju sejuk jika anda mahu pulang ke Pengkalan Hulu. Huhu~)

Waida dan Kak Lina sekeluarga akan bertolak balik ke Pengkalan Hulu pada hari Rabu malam. Kami akan bertemu di tol USJ untuk konvoi pulang bersama-sama. Tak sabar rasanya! (Tapi, barang-barang yang nak dibawa belum pun dikemas. Hahaha) Apapun, bagi DD sekeluarga, katanya berhari raya di Terengganu sebab buat kenduri akikah Athir. Hmm..rindu nak jumpa Athir.

Macamana dengan kalian yang lain? Tahun ini beraya di mana? Pulang ke kampung tak? Kalau ada kesempatan, jemputlah datang ke Pengkalan Hulu. Bolehlah berjumpa dengan sanak saudara yang lain.

Till then, daaaa~~