Showing posts with label Family gathering. Show all posts
Showing posts with label Family gathering. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

| Percutian Keluarga 2010 |

Untuk perhatian ahli keluarga yang dikasihi,

Di sini kite nak ajak buat perjumpaan / percutian keluarga sekitar Semenanjung Malaysia. Mohon berikan cadangan atau apa juga maklumat yang boleh dikongsikan bersama agar kita dapat menjayakan perjumpaan keluarga Hj Hamid ini. Sebabnya dari tahun lepas ke tahun 2010, kita jarang bersua dan tidak berkesempatan mengeratkan perhubungan antara ahli keluarga. Oleh itu, marilah laksanakan kempen cuti-cuti keluarga Hj Hamid tahun ini sampai menjadi! (Paksaan betul..hahaha)

Sekian, terima kasih.

* Aku update sebab tengok seme pun menyepi..

Monday, November 23, 2009

| Selamat Hari Raya Haji |

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji pada hari Jumaat ini, bersamaan dengan 27hb November 2009. Kalian sanak saudara akan beraya di mana? Bagi Waida, Kak Lina, Yin & Abang Kemal sekeluarga akan pulang ke Pengkalan Hulu, Perak. Khabarnya, pada hari Khamis ini, Cik Gedah dan Cik Lin sekeluarga akan turut ke sana. Pastinya raya haji tahun ini akan lebih meriah di Pengkalan Hulu. Tak sabar rasanya nak jejakkan kaki ke tempat yang segar dan sejuk tu. Khabarnya ibu, di sana setiap hari hujan dan abah selalu memakai baju sejuk. (Tu peringatan untuk semua sanak saudara, sila bawa baju sejuk jika anda mahu pulang ke Pengkalan Hulu. Huhu~)

Waida dan Kak Lina sekeluarga akan bertolak balik ke Pengkalan Hulu pada hari Rabu malam. Kami akan bertemu di tol USJ untuk konvoi pulang bersama-sama. Tak sabar rasanya! (Tapi, barang-barang yang nak dibawa belum pun dikemas. Hahaha) Apapun, bagi DD sekeluarga, katanya berhari raya di Terengganu sebab buat kenduri akikah Athir. Hmm..rindu nak jumpa Athir.

Macamana dengan kalian yang lain? Tahun ini beraya di mana? Pulang ke kampung tak? Kalau ada kesempatan, jemputlah datang ke Pengkalan Hulu. Bolehlah berjumpa dengan sanak saudara yang lain.

Till then, daaaa~~

Monday, October 12, 2009

Makan²...



Seluruh ahli Warung Kopi Pak Hamid dijemput ke rumah kami bertempat seperti di atas pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009. Masa sebenarnya ikut suka (ahli Warung sahaja). Korang nak mai tidoq pun boleh... Nak men game tak dak la. Tapi online macam Mafia Wars aku on je.. kehkehkeh! Jangan tak datang ye... rindu nak bergeder aka bergossip dengan korang.





Sunday, August 30, 2009

| Jemputan Majlis Berbuka Puasa |

Kepada sanak-saudara yang dikasihi,

Pada hari ahad depan (6hb September 2009), satu majlis berbuka puasa & solat tarawikh bersama-sama akan diadakan di rumah Waida di:

No.46, Jalan Kancung Laut 28/20,
Taman Alam Megah,
40400 Shah Alam, Selangor.

Insya-Allah akan mengundang keluarga Cu bersama-sama kita. Kepada family Kak Ela, Awa & Lina, anda wajib mari. (Hahaha..dasar paksaan). Kaedah berbukanya adalah masing-masing bawak juadah berbuka masing-masing ye. Wat ala-ala pot luck la. So seme leh rasa. Ok yea, mari jangan tak mari. Any info, do gimme a call : 013-2207770 (Waida) or 013-2206660 (Sha).

Monday, July 20, 2009

Bowling tournament..


I'm thinking of organizing a family bowling tournament. Bola ni warna oren. Beratnya 12 10 kg. Kata Awa, cam Dragon Ball!


Di lane antarabangsa paling best di Malaysia ni.. mana lagi kalau bukan Sunway Pyramid.


Antara pemain handalan keluarga Allahyarham Ramli bin Hj Hamid... Entah ingat ke dak lagi nak hayun bola bowling tu camne.. ahaks!


Mungkin antara hadiah yang akan diberi...


Close up skit... Alah! Kameraku cikai je ok! Tak yah expect resolution yang canggih-manggih.


Tapi mungkin tidak... sebab yang ini sudah menjadi kepunyaan seseorang..


Atau yang ni.. (yang menjadi idaman kalbuku sebab takyah install driver. Tapi dah tentu bukan kale pink :P)


So camner pendapat korang? Kita bagi hadiah nak? Wat la cam potluck... Masing² bawak hadiah, so tak de la yang tak dapat hadiah langsung kan... Sambil tu bleh main dan enjoy yourself. Jom la weiiii! Aku cam teringin nak sponsor goodie bags lagi...

Anyway.. good game encik husband! Main sampai 3 games. Mao berasap jari-jemari. The latest he got 184 pins. Perghhhh! Takleh jadi.. balik terus bukak PC main bowling. Hahaha....