Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Perutusan Hari Raya...



Cewahhh! Bunyi tajuk cam dok kat oversea je kan... Padahal dok kat Bamboo River je...

Kami balik ke Big River dulu, pastu raya ke-2 baru balik ke Bird River. Tak sampai hati balik rumah sebelah pihak je. Bagi yang ibu bapa masih ada tu treasurelah mereka selagi mereka masih ada. Jika tinggal seorang je lagi, korang pasti takkan biarkan sebelah pihak je rasa bahagia dengan kehadiran korang masa raya (terutamanya malam raya). Tambah lagi yang tinggal tu adalah seorang IBU!

Kekadang aku rasa cam teringin sangat family kita bergader cam dulu² tu kat TP. Walo pun sekang ni rumah tok dah tiada lagi, rumah Along kan ada. Masih utuh walo pun bumbung tiris sana-sini. Aduhh.. bila la nak dapat ganti bumbung tu.

Sungguh! Tanah pusaka tu banyak kenangan. Kenangan dengan saudara-mara yang sukar dilupakan. Terutamanya bila menjelang hari raya. Kenangan bermain meriam besi sampai pekak telinga tok (abang Kemal and the gang), main bunga api besi sampai terbakar pokok nyior orang tua tu (aku dengan Didi), kena perhambat dek Along sebab main bunga api masa malam raya (aku dengan Didi jugak) dan memacam lagilah. Ada yang pahit tapi yang pahit jadi manis bila dikenang sekarang ni.

So, seminggu ni tak online la aku walo pun reception Maxis broadband sangat baik di TP. Ada broadband tapi tak dak laptop pun tak guna jugak. Siapa nak pinjamkan? Kak Long? Jangan harap... hukhukhuk! Kalo tak, sure aku dah boleh bersiaran dari kampung je dengan 'gambar pinjam' dari kamera Awa. Aku ada usha satu laptop tu.. tunggulah...

Till then, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, selamat memandu, selamat sediakan duit untuk anak² aku. Untuk Awa, sebab hang tak dapat duit kecik, bagi je anak buah hang note yang besar² kaler biru tu.. hahaha...





Tuesday, June 16, 2009

Nostalgia lagi...


Barisan belakang dari kiri : Abang Man (Musa), Allahyarham Pak Su, Abang Kemal, Abang Nua, Didi, Abang Man (Muda), Pijan. Barisan tengah dari kiri : Yin, Allahyarham Along, Acek. Barisan depan dari kiri : Iwan dan Yamin.

Sayang muka Along tak kelihatan... oh how I miss my daddy! Al-Fatihah /no.


Allahyarhamah Hajah Mardiah Hassan.



Masa ni malam kami nikah. Makan bihun sup je beb. Dari kiri : Allahyarham Tok Cik Tg Karang (meninggal pada 21 Januari 2009, bersamaan dengan 24 Muharram 1430) dan cucu dia, Acek dan yang nampak sipi tu adalah Nen.


Dari kiri : Allahyarham Ayah Sam (aku panggil ayah sebab dia dan mak Siah pernah bela aku masa aku kecik. Dah jadi macam mak ayah sendiri), Pak Lang Non dan Allahyarham Pak Njang Imas (betoi ka ni Awa/Kak Bib?).

Ayah Sam dengan Ayah meninggal pun dekat². Ayah Sam 6hb Julai 2001, Ayah meninggal 16hb Julai 2001. Beza 10 hari. Depa berdua ni memang bersahabat baik.


Gambar ni mesti korang nak sangat tengok kan... dari kiri : Mak Lang Gayah, yang terlindung tu la Tok Kit (tok aku, mak kepada mak - Along perempuan), Allahyarhamah Nyang dan Allahyarhamah Mak Siah yang aku sayang. Mak Siah meninggal dalam eddah, yakni dalam tahun yang sama dengan Ayah Sam. Sudden death. Tak lama lepas borak dengan mak kat telefon plak tu.

Seronok tengok orang dedolu. Saling mengenali. Walau pun tiada pertalian darah, tapi masih kekalkan silaturrahim antara satu sama lain. Keluarga yang jauh masih saling kenal-mengenali. Adakah kita mengekalkannya begitu? Nyang contohnya.. pernah tido kat teratak kecil kami tu. Aduhh... rindunya pada yang telah tiada. Al-Fatihah!





Saturday, June 13, 2009

Nostalgia : Gambar anak² menakan/buah


Mira dengan mak lang Shidah yang slim. Mana mari Mak Nde ni? Mira ni kekwat jugak dulu. Tambah dengan mak ngah Bibah. Ye la.. mak ngah balik dari US tahun 1993. Masa tu umur dia 2 tahun. Maknanya 2 tahun tu tak pernah kenal dengan mak ngah. Bila mak ngah lalu ja dia depang tangan dia tu.


Amaran! Gambar 18sx.. gambar Husna bolen²... Debok budak prem sorang ni. Cik Ela ada gambaq Una tengah dok poop atas potty tau!


Alif. La ni Alif dah tingkatan 2. Belajar di MRSM Transkrian.



Amira dan Yamin si pipi labuh. Amira nak masuk 18 tahun, Yamin dah tingkatan 3 dan bakal menduduki PMR tahun ni. Amira di USIM, Yamin di SMKA Nibong Tebal.


Mak dengan Anis. Anis darjah 6. Bakal menduduki UPSR tahun ni.



Tahun 2003. Husband, aku, Mira, Yamin, Alif, Una (sebaya Yamin), Sayuti, Anis dan Dini. Mira dan Una sebenarnya antara anak menakan yang tak bagi aku kawen. Mak sedara favorite la katakan...





Friday, June 12, 2009

Gambar² yang teringin korang lihat...

/hihi I'm back... korang pasti teringin tengok gambar² yang aku korek dan scan ni. /dignose Tambah lagi yang last sekali tu... kuang³. Nostalgia seyyy!


Dua orang di dalam gambar ini telah pun meninggalkan kita semua. Tok berdiri sebelah Mira, cicit pertamanya. Sementara Paksu dan Chu duduk di tangga. Rumah tok ni lawa bagi aku. Aku ingat lagi bilah beranda dia tu boleh cabut². Aku, Salina dan Lina selalu main bank². Padahal tak sorang pun kerja bank sekarang ni.. huhu!


Tok dengan Nadia



Along dengan aku. Time kecik² suke beno pakai seluar pendek. Rumah ni pun banyak nostalgia. Rumah paling kecik dari TP-KK. Aku panggil rumah sabut sebab banyak sabut mak ayah letak keliling rumah. Aku ingat lagi aku suka menyorok dari ayah lepas dia balik solat Isya' dari surau. Bila dengar dia bagi salam ja aku lari. Nyorok celah lemari. Sekali tu aku nyorok bawak longgokan kain. Udahnya aku tertido dan dia nyaris terpijak aku yang nyenyak tido bawah kain


Abang Man, Kak Bib, mak dan ayah. Masa ni kak Bib dengan abang Man baru kawin kot. Tak ingat dah


Afro sungguh rambut mak aku... Stail orang dedolu yang suka kerintingkan rambut


Oh yang peluk Didi ni bukan girlfriend dia... =)). Ni husband aku. Ni malam aku bukak hadiah. Aku nangis malam tu, Didi yang pujuk. Hanya orang tertentu je tahu kenapa aku menangis. Yang pasti bukan sebab husband aku.... :D






Thursday, May 14, 2009

Gambar² rumah Tok Hamid

Ni aku jumpak gambar² lama ni dari webpage Lina & Acek yang masih wujud hingga ke hari ni. At least lepaih la jugak rindu pada kampung yang menyesakkan dada...



Ni pulak gambaq rumah tok lepas dilanda ribut...









Didi masa kurus, Lina pulak tengah bertunang


Ada lagi gambaq lain dalam web Acek tu yang aku nak ambik tapi gambaq keluaq sekerat ja. Ada gambaq Pak Su, Along dan Tok jugak. Raya tahun bila pun entah la.. Tapi yang pasti si Anis tu kecik lagi. Anis lahir tahun 1999. Tahun 2000 la kot gambaq tu. Sama ambik dengan gambaq kat atas ni. Eh! Silap².. memang masa ni raya tahun 1999 sebab Lina dan Abang Kemal kawen dalam tahun 2000!

Monday, May 4, 2009

Kami bergeder lagi...

Sebenonye kami tak plan nak balik kampung, apatah lagi ke Kedah! Unplanned. Biasalah spontan² ni. Alhamdulillah dapat suami yang macho dan memahami... hehehe... macho ke? Tapi Allah set cantik punya. Lepas menziarahi Chu, mak tak terus pulang walau pun dia mai dengan Yong, Abang Nua, Mira dan Kak Bib. Kesian dengan Chu, dia pun tunggu. Kalau ikutkan dia, dia nak je stay semalam di Serdang tapi since aku punya rumah jauh pastu payah nak ulang, tak jadi. Kalo tidak, mungkin mak bleh jumpa dengan Didi the next daynya tu.

Tengah jalan sempat SMS Yong. Katanya dia tak balik Tanjong Piandang sebab ada majlis tahlil di Manjung. Tapi dia sempat ajak ke Pulau Sayak pada hari Sabtu. Gambar masa on the way balik Perak pada pagi Jumaat:




Gambar Mastura dan Adam je. Syafiah susah betul nak bekerjasama. Oh ye! Bagi orang yang tanya sama ada Syafiah tu pandai duduk ke idak. Dia belum duduk lagi ye puan²! What's wrong for being different? Tapi mak dia positif dia pasti akan duduk, berjalan malah berlari. Sila dapatkan maklumat terkini di blog dia naa...


Petang Jumaat sempat ke Billion, Parit Buntar. Ramainyeeee manusia!


Mula tu macam reluctant nak pergi. Tapi dah rezeki kami nak jejak Kedah. Kami pi jugak la... Bertolak pun lambat sekitar jam 12 tengahari. Antara yang pergi - aku, suami, Mastura, Adam, Aliff, Anis dan Aap. Sumbat jangan tak sumbat. Kalo aku ada MPV ke van dah sah², insyaAllah aku angkut semua kerabat aku. Mak tak nak pi sebab mak sakit kaki. Sampai di rumah Yong sekitar pukul 1 lebih. Jem plak kat Nibong Tebal atas jambatan tu sebab ada accident 3 biji kereta. Aduhh!

Lepas Zohor kita orang gerak. Sempat la jugak mengalas perut dengan laksa yang Yong buat. Dari rumah Yong, Pulau Sayak tu tak jauh. Dalam 50km je. Nama je pulau.. tapi ia sebenarnya perkampungan nelayan. Siap ada chalet lagi.

Gambar² di hari kejadian:




Among my favorite photo!



Abang Nua dan suami. Baca paper macam baca dalam ribut! Angin bertiup kencang.


Apesal Yong, Alif, Aap dan Yamin ni macam pandang setempat je?

Meh makan mee udang.. tapi idak le macam Mee Banjir tu.. udang berekoq-ekoq. Rasa? Aku ni makan tak reti nak rasa. Yang paling sedap bagi aku adalah yang FREE.. huhu! Rega pun lebih murah..

Let's burn the calories! Lepas makan berpeluh pula menukar tayar kereta. Tayar baru plak tu. Really 'screw'ed up by a screw!

Apa motif Alif tangkap gambar pokok ni?


Makam ini terdapat berdekatan dengan tempat makan kami. Di celah² perkampungan nelayan Pulau Sayak tersebut.

Lepas ke Pulau Sayak, kami jejak ke Pantai Merdeka pulak. Tak jauh pun dari Pulau Sayak.

Nun jauh di tanjung tu adalah Tanjung Dawai. Selain dari jalan darat, boleh ke sana dengan menaiki bot dari Pantai Merdeka.

Yong dan abang Nua

Kanak² ribena makan aiskrim... hehehe! Apapun aku sayang bebudak ni. Tiba² bunyi seakan helikopter mahu mendarat. Rupanya bunyi hujan dan angin yang datang sekaligus.


Tak dapat hujan di SU, hujan di utara pun jadilah. Rindunya aku pada hujan. Malam tu pulak hujan di kampung dari awal malam sampai ke hari esoknya. Lebat semalaman. Kalau di KL dah sah² banjir.

Yong kata kalau ada rezeki bolehlah ramai² pi dok kat chalet kat situ. Dia teringin nak belanja kak Shidah, abang Man, kak Bib dan siapa je la yang tak dapat pergi sekali tu. Thanks so much to Yong sebab dia yang belanja.

Dalam perjalanan balik kami singgah di rumah Yong lagi. Ambik buah pelam. Pastu perjalanan diteruskan ke Jusco, Perda. Jusco baru. Ada Big Apple di sini beb tapi tak belilah. Melayan bebudak tu main games kat games park. Dari sebelum Maghrib sampai ke pukul 10. Barulah kami pulang ke Perak lepas tu.

Minggu ni turn Awa bergeder dengan kawan² plus kak Bib di Terengganu. Jom ler bergeder lagi wei!! Nak tak nak kena tunggu la Jihan kawen ni pulak untuk bergeder beramai-ramai, insyaAllah.


~Ela/Cik Ela~