Sunday, August 30, 2009

| Jemputan Majlis Berbuka Puasa |

Kepada sanak-saudara yang dikasihi,

Pada hari ahad depan (6hb September 2009), satu majlis berbuka puasa & solat tarawikh bersama-sama akan diadakan di rumah Waida di:

No.46, Jalan Kancung Laut 28/20,
Taman Alam Megah,
40400 Shah Alam, Selangor.

Insya-Allah akan mengundang keluarga Cu bersama-sama kita. Kepada family Kak Ela, Awa & Lina, anda wajib mari. (Hahaha..dasar paksaan). Kaedah berbukanya adalah masing-masing bawak juadah berbuka masing-masing ye. Wat ala-ala pot luck la. So seme leh rasa. Ok yea, mari jangan tak mari. Any info, do gimme a call : 013-2207770 (Waida) or 013-2206660 (Sha).

Friday, August 21, 2009

BULAN RAMADHAN DTG LAGI


Fadhilat Puasa

* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)

* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa)


Thursday, August 20, 2009

lata payung, besut terengganu

Bila kali terakhir anda mandi sungai bersama keluarga ?
Ya, itu dia tuan tuan dan puan puan, soalan killer untuk anda semua. Bila ? Jadi sudah lama tidak jawapannya. Inilah masanya. Apatah lagi ketika bulan puasa, sangat afdal dan makruh sekali kalau mandi sungai ni. Kena pula terkentut-kentut di dalam air. Wah... enak bangat bunyinya.

pada minggu yang lalu, aku, sa, athir, adik ipar aku (firdaus dan fatin) turut serta dalam pencarian kami ke sungai yang indah ini. Kali terakhir aku pergi, sebelum kahwin, waktu tu athir pun takder lagi. Itu cerita 3 tahun yang lalu. Pergi dengan makcik Sa.

Jadi dipanjangkan cerita, aku upload ajelah gambar-gambar yang sensored nie. Antaranya cubaan athir nak bercumbu dengan aku dan nasi bungkus yang enak.

Lokasinya sebelum sampai besut, Terengganu. Langkap, haaa jangan ingat negeri perak je ada langkap, terengganu pun ada langkap. Perjalanan masuk ke dalam lata ini mengambil jarak lebih kurang 15km dari Langkap, dan lebih kurang 40km dari kuala terengganu. Airnya sejuk. Tapi 3 tahun lepas lagi best, biru je air dia. Sekarang dah kurang sikit sebab dah ramai mandi kot.



aksi lucah athir dan aku


cubaan untuk smackdown mama dia


athir tunjuk "disinilah kejadian itu berlaku, saya mandi tanpa pampers"

nasi bungkus yang enak, sedap dan lazat, ikan keli goreng, sambal belacan dan kuah lemak.

athir mencuba air sungai sambil melepaskan cecair kuning dari otto nya.

aku, athir, firdaus dan fatin, tiada dalam gambar ialah sa, jadi tukang amik gambar

tangan athir yang kesejukan, sampai kecut. tapi perut bapanya tak kecut-kecut. buncit sediakala

pemandangan di lata payung, kami tak mandi atas sangat, mandi kat bawah2 je.


sebelum balik, ada la budak2 main rollercoster kampung dengan pelampung.


sekian laporan dari terengganu. senyum sokmo. Video nanti aku upload. Next target, pulau kapas dan pulau tioman.



* sekarang baru aku tahu kenapa abah rajin bawak kami jalan-jalan mandi sungai, berkelah, menginap sana dan sini melihat dunia. Bila dah ada anak... baru tahu, inilah keluarga. Inilah masa-masa manis. Esok dah besar, semua tak ingat dah nak bergelak-gelak. Insap sekejap. ok dah jahat balik. LOL.

Merawat anak demam

Merawat anak demam

APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya.

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Tip penting semasa merawat anak demam:

Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

dan tips terakhir. Jika anak liat makan ubat juga, lempangkan saja mak atau bapaknya. Hahahahaha

artikel dipetik dan dicantas dari utusan malaysia. Paper politik BN. Ehhh terpolitik pulak. Sorry.

Saturday, August 15, 2009

OVERHAUL PERUT


BERITA BAIK UTK YG BERBADAN BESAR DAN INGIN MENGEKALKAN KESIHATAN

Kepada mereka yg tak pernah meng 'overhaul' perut tu bolehlah mencuba produk ni cukup berkesan hanya setelah melalui proses Cleansing Tahap 1 baru lah proses Cleansing Tahap 2 ni boleh dilakukan dgn licin nya.

* Aku hanya ambil masa 2 hari sahaja mula hari Khamis 13/8/2009 - 15/8/2009 pukul 9.30pagi dah keluar kurang hampir 1 1/2inci ukur lilit perut*

Juga sesuai utk mereka:-
  • Ingin menurunkan berat badan dan perut kedepan.
  • Nafas berbau dan badan berbau
  • Sembelit susah buang air besar
  • Pesakit kencing manis,gout,lenguh-lenguh sendi
  • High Colestrol dan macam lagilah..............
Ini merupakan bahan yg selama ini melekat dinding usus ketebalannya mengikut habit pemakanan kita.kesan kepada pemakanan kita ialah spt cth ayat ni:-
' Kenapa aku makan ubat tu sampai habis sebotol baru berkesan kau cuma makan 1/2 botol dah ok' semakin tebal kekotoran semakin sukar keberkesanan ubat bertindak.....

panjang benda alah ni dianggarkan 5-8 kaki, aku tak sanggup nak tarik panjang2.bunyi dia jatuh tu kelepap macam kena muka director ahmad nisfu tua nak mampus'* Klik pada gambar kalu nak tahu rupanya dari dekat *

PAGI-PAGI AMIK GAMBAR..........
1 kamera 50mm F4
macam mana nak dapat gambar macam nie ?
waktu antara pukul 9.00 ke 9.15 pag1 dengan cuaca yang baik.
tunggu warna kuning (golden time) datang, pastu shoot la korang.
kit lens pun buleh................hehe tiru ayat didi sikit

perut rasa lapang sungguh.siapa yg nak mencuba calling2 aku nanti aku kena ajar kaedah dia kalu tak nanti dia tak keluar.................

contoh gambar usus yg kotor

Kebaikan Organic K-BioGreen :Organic K-BioGreen ialah makanan organik yang dipilih khas dari 58 jenis bahan unik seperti kacang, bijiran, sayur-sayuran, rumpair laut dan bifido-bakteria serta enzim makanan yang memainkan peranan penting dalam badan manusia bagi bagi membersih, mendetoksifikasi dan meremaja serta mengembalikan fungsi-fungsi organ penting dalam badan dan membina ketahanan. Apabila produk tersebut diambil sebagai makanan dalam badan, ia memberikan nutrien-nutrien yang secukupnya dan sesuai bagi mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat dan langsing.

Organic K-BioGreen tidak mengandungi sebarang perisa buatan, pewarna, sisa-sisa anti-biotik, penggalak tumbesaran dan bahan awet. Dalam penggunaan baja, perkebunan organik telah menetapkan garis panduan yang ketat. Baja mengandungi patogen manusia, tetapi jika dirawat (dikompos) dengan betul, ia bioleh menjadi baja organik dalam bentuk selamat. Pekebun berkelulusan organik tidak dibenar menggunakan baja yang tidak dirawat kurang dari 60 hari sebelum penuaian tanaman dan ia diperiksa bagi memastikan syarat-syarat dan peraturan-peraturan dipatuhi.

Ada di antara mereka percaya bahawa makanan organik rasa lebih enak dari makanan biasa. Untuk sebab-sebab kesihatan, makanan rasa lebih enak jika makanan tersebut adalah segar.

Kebaikan Organic K-BioGreen :

  1. Meningkatkan sistem imuniti
  2. Meningkatkan sistem endokrin
  3. Membersih sistem penghadaman
  4. Membantu mengurangkan kolesterol
  5. Membantu menghalang sakit jantung
  6. Membantu menggalang sel-sel kanser
  7. Mendetoksifikasikan sel-sel badan dan saluran darah
  8. Mengaktifkan sel-sel badan
  9. Menggalakkan metabolisme
  10. Mengawal organ-organ dalaman
  11. Mengurangkan tekanan
  12. Meningkatkan ingatan
  13. Meningkatkan keadaan mental dan fizikal
  14. Bertindak sebagai agen anti-oksida
  15. Membekalkan vitamin, mineral dan nutrien yang lengkap
  16. Melembapkan kulit dan membantu menghalang alahan kulit
  17. Membantu menahan lapar dan menguruskan badan
  18. Mengembalikan kecantikan asli
* Untuk mereka yg berminat utk menjadi agen jualan amat dialu-alukan kerana kekurangan stokis di semua negeri dan daerah diseluruh malaysia cth:-perak 3,pahang 1,Tganu 1,Pahang 1,selangor 1 .....jom cari duit raya huhu..........................

sedikit info :
  • Syarikat Bumiputera
  • Rangkaian perniagaan di 42 buah negara.
  • Jualan sebulan 80-100 juta sebulan
  • Sejak tahun 2000

petang petang amik gambar






guna dua kamera, 85mm f1.8 dengan 50mm f1.4.
macam mana nak dapat gambar macam nie ?
waktu mesti antara pukul 6.00 ke 6.45 petang dengan cuaca yang baik.
tunggu warna kuning (golden time) datang, pastu shoot la korang.
kit lens pun buleh.