Thursday, August 20, 2009

Merawat anak demam

Merawat anak demam

APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya.

Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.

Tip penting semasa merawat anak demam:

Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

Asyik tidur dan sukar dikejutkan.

Sering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.

dan tips terakhir. Jika anak liat makan ubat juga, lempangkan saja mak atau bapaknya. Hahahahaha

artikel dipetik dan dicantas dari utusan malaysia. Paper politik BN. Ehhh terpolitik pulak. Sorry.

2 comments:

AKIZ NETWORK said...

BIO GREEN TU BOLEH DI BERIKAN TERUTAMA KEPADA BABY KERANA SAMA MACAM MAKAN CEREAL KERANA IA MENGANDUNGI 58 JENIS SAYURAN,KEKACANG DAN BUAH-BUAHAN

UTK ANAK YG DEMAM SEBENARNYA MELIBATKAN PENGHADAMAN YG TIDAK BAIK DLM USUS SEBAB TU KALU BUDAK DEMAM CUBA RASA PERUT DIA MUSTI PANAS GILER.SEKIRANYA PERUT TU SEJUK DEMAM BIASA AKAN BERKURANGAN......BANYAKKAN MEMAKAN SAYURAN DAN BUAH BUAHAN

~:|:sara:|:~ said...

muhahaha tergolek terguling...
leh plak terpolitik...