Thursday, August 20, 2009

lata payung, besut terengganu

Bila kali terakhir anda mandi sungai bersama keluarga ?
Ya, itu dia tuan tuan dan puan puan, soalan killer untuk anda semua. Bila ? Jadi sudah lama tidak jawapannya. Inilah masanya. Apatah lagi ketika bulan puasa, sangat afdal dan makruh sekali kalau mandi sungai ni. Kena pula terkentut-kentut di dalam air. Wah... enak bangat bunyinya.

pada minggu yang lalu, aku, sa, athir, adik ipar aku (firdaus dan fatin) turut serta dalam pencarian kami ke sungai yang indah ini. Kali terakhir aku pergi, sebelum kahwin, waktu tu athir pun takder lagi. Itu cerita 3 tahun yang lalu. Pergi dengan makcik Sa.

Jadi dipanjangkan cerita, aku upload ajelah gambar-gambar yang sensored nie. Antaranya cubaan athir nak bercumbu dengan aku dan nasi bungkus yang enak.

Lokasinya sebelum sampai besut, Terengganu. Langkap, haaa jangan ingat negeri perak je ada langkap, terengganu pun ada langkap. Perjalanan masuk ke dalam lata ini mengambil jarak lebih kurang 15km dari Langkap, dan lebih kurang 40km dari kuala terengganu. Airnya sejuk. Tapi 3 tahun lepas lagi best, biru je air dia. Sekarang dah kurang sikit sebab dah ramai mandi kot.



aksi lucah athir dan aku


cubaan untuk smackdown mama dia


athir tunjuk "disinilah kejadian itu berlaku, saya mandi tanpa pampers"

nasi bungkus yang enak, sedap dan lazat, ikan keli goreng, sambal belacan dan kuah lemak.

athir mencuba air sungai sambil melepaskan cecair kuning dari otto nya.

aku, athir, firdaus dan fatin, tiada dalam gambar ialah sa, jadi tukang amik gambar

tangan athir yang kesejukan, sampai kecut. tapi perut bapanya tak kecut-kecut. buncit sediakala

pemandangan di lata payung, kami tak mandi atas sangat, mandi kat bawah2 je.


sebelum balik, ada la budak2 main rollercoster kampung dengan pelampung.


sekian laporan dari terengganu. senyum sokmo. Video nanti aku upload. Next target, pulau kapas dan pulau tioman.



* sekarang baru aku tahu kenapa abah rajin bawak kami jalan-jalan mandi sungai, berkelah, menginap sana dan sini melihat dunia. Bila dah ada anak... baru tahu, inilah keluarga. Inilah masa-masa manis. Esok dah besar, semua tak ingat dah nak bergelak-gelak. Insap sekejap. ok dah jahat balik. LOL.

3 comments:

AKIZ NETWORK said...

AKU DAN BUDAK-BUDAK SELALU MANDI SUNGAI SAL BELAKANG RUMAH JE SUNGAI HUHU......

~:|:sara:|:~ said...

baru g mandi awa bekelah kt tepeng ngan along...huhu
siap msk zoo lg...best2..
kenangan terindah tol!

HasnolMizam said...

kitaorang last mandi sungai kat Hutan Lipur Lintang @ Karak, masa balik Fraser Hill hari tu dgn Mak/Abah/Sha/Waida.