Friday, May 22, 2009

Kisah pencuri impian...


Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda.

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

"Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya."

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

"Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak."

Dicilok daripada DrInspirasi.com.



Aku nak buat statement yang amat racist di sini.

Bos aku berusia hampir 50 bila dia ambik keputusan untuk sambung belajar MBA. Bos aku ni Cina (racist sungguh statement aku ni) dan cukup ngam dengan aku. Ada pangkat Ir, pernah belajar di USA, pernah kerja di Mindef bersama-sama dengan orang Melayu, suka sangat bergaul dengan orang Melayu dan staff pun suka pilih orang Melayu serta ada ijazah kejuruteraan. Even co yang kami kerja tu pun co Melayu. Itu realitinya.

Bila aku tanya, "M, why do you have to trouble yourself to be a student again?". Apa lagilah yang dia cari dalam hidup ni? Rumah dia banglo, kerjaya stabil, duit banyak, every year masa aku kerja dengan dia mesti ada cuti 1 minggu untuk honeymoon dengan bini. Dan paling aku respek sebab dia hormat bibik dia dan aku yang beragama Islam. Minta aku printkan jadual waktu bulan puasa untuk dia pastikan bibik dia tu boleh beribadat. Liquor tak minum, merokok pun idak, bab1 makan kat luar je tak makan kat rumah. Tu pun orang belanja. Bawak pun keta Waja! 

Bab memback up aku, dia ni jadi no. 1 di luar selain suami aku sendiri. Masa aku keja bawah dia, 2 kali aku naik pangkat dalam 2 tahun yang berturut-turut. Agaknya jika aku tak de impian, jangan haraplah aku berusaha untuk capai position tu. 

Dia menjawab, "It's all about self satisfaction. I'm trying to achieve my dream and dare to challenge myself for something new". Ha... tu dia! Dia bagi jawapan pada persoalan yang aku cari.

Korang mungkin tengok aku dok rumah. Tak kerja sekarang ni. Tak semestinya impian mesti aku kuburkan. Belajar mesti sepanjang hayat. Bukan hanya kerana sekeping kertas. Tapi belajar mesti kerana nakkan kepuasan dan ilmu yang berkat. Sama la macam bos aku yang masih baik dengan aku sampai sekarang ni. Nak ikutkan kita ni buat apalah orang yang dah ada macam² tu nak sambung belajar? Nyusahkan diri saja.

Aku mungkin saja macam TERPAKSA kuburkan impian aku nak further dalam bidang kejuruteraan yang aku minat, tapi secara informal aku tetap akan teruskan. La ni rahmatnya aku dapat Syafiah si kecil yang hebat tu, aku belajar tentang neuro pulak. Banyak benda yang aku timba selama 1 tahun ni. Dan insyaAllah aku takkan stop... (sampai saat Allah swt takdirkan aku mesti stop, barulah aku stop dan redha dengan semuanya). 

ahli baru

halo2.. kamek nak tumpang lalu

Thursday, May 21, 2009

They turned us down again!

This is yesterday's story. Ingat tak aku kata result hubby aku nak keluar semalam? Result dia, dia GAGAL. Apa perasan korang kalau tengok kat skrin tu perkataan GAGAL. Aku rasa nak je gigit dan kalau boleh nak je flagkan portal UiTM tu. Errr... boleh ke?

Kenapa kami pilih UiTM? Husband aku keje kat Seksyen 7, Shah Alam. Balik keje boleh terus pergi kelas. Tak yah tempuh jem segala mangkuk! 2 tahun lepas aku apply nak buat part time civil engineering pun kena turned down jugak. Rayuan? Jangan haraplah aku buat.

Aku dah ingatkan husband supaya apply kat tempat lain sama sebagai back up. Tapi dia tak dengar. Aku pun rasa dia layak sebab dia kerja bahagian kewangan. Co dia bukan co kecik... dan ya... aku memang tengah marah pun! Marah dengan U tu! Aku marah lagi sebab ada orang nak belajar macam kami ni tapi tak nak terima pula. Apa masalahnya?

Dulu aku cakap kat dia.. apply la jugak Open U tapi dia kata mahal. Open U pun tak jauh dari office dia. Boleh mintak belajarnya di Unisel.

Balik rumah tu aku secara sinis usik dia, "Lain kali abang kena tulis abang tu anak orang UMNO baru boleh masuk UiTM!!".

Aku tak buat rayuan pasai aku ni anak bekas ahli UMNO tapi la ni sokong bulan! Hahaha! Oleh kerana aku ni jenis pesaing, baik aku cari IPT swasta, boleh jugak aku bersaing dengan pesaing² yang kompetitif di pasaran yang lebih terbuka. Dulu masa aku di ITM 2 orang je dapat 3 pointer, boleh? Cisss, apa barang!




Wednesday, May 20, 2009

Aset keluarga dari segi akademik

Semua ahli keluarga adalah aset yang tidak ternilai. Tidak kiralah mereka berjaya dari segi akademik mahu pun sahsiah diri dan juga yang lainnya yang mungkin kita tidak dapat nilai secara kasar tapi dinilai oleh Yang Maha Esa. Itu juga dikira sebagai kejayaan.

Ni aku nak cerita tentang kejayaan ahli² keluarga dari segi akademik bagi membakar semangat kepada semua generasi, tak kiralah tua atau muda. Yang muda masih boleh mengejar cita² melalui pendidikan formal, tapi yang berusia tidak semestinya mengalah. Kena timba ilmu secara berterusan walau pun tidak formal. Tidak kira cabang apa pun. Biarlah minda kita terus berfikir. Ada kajian mendapati bahawa orang yang sentiasa berfikir dan membaca, tidak akan cepat lupa atau mendapat penyakit nyanyuk ketika menginjak usia yang lebih veteran. Sebenarnya keluarga kita ni pandai² juga. Genetik agaknya, alhamdulillah.. wallahu'alam. Bukan nak bangga tapi yang baik tu kita ambil jadikan teladan, tak gitu?

Salina adalah aset atau contoh ahli keluarga paling berjaya kerana berjaya menamatkan PhDnya pada tahun 2006 pada usia 28 tahun. Tesisnya bertajuk - Enzymatic Synthesis Of Oleyl Oleate, A Liquid Max Ester, In A Stirred. Aku dengan dia sebaya. Kami adalah dua orang ahli keluarga yang menjadi pioneer untuk masuk ke aliran sains. Bidang dia - kimia, sedangkan aku teknikal.

Aku nak upkan gambo tapi aku tak de gambar terbaru. Untuk info, dia belajar non-stop. Dulu nak ambil sampai Master je tapi ketentuan Tuhan tu udah lain jadinya. Kini dia bekerja di USIM sebagai pensyarah. Hari tu masa Pak Su meninggal (al-Fatihah) tak sempat nak ambil gambar terbarunya. Gambar yang ada ni adalah gambar tahun 1999 (tak banyak berubah pun).

Salina berada di tengah². Tepi tu dua² cousin dia.


Antara ahli keluarga lain yang berjaya dari segi akademik - Abang Nua (ITM), Abang Hasnol Mizam (UKM), husband aku (KUIS), kak Ija (ITM), Amalina (UPM), Didi (UTM), Waida (UIA), Sharizal (Kolej Islam Johor), Nor Saini (UTM), Syakirin (UiTM). Dan tunas² yang nampak berpotensi - Nadia, Amira, Husna, Alif, Yamin, Sayuti dan boleh jadi semua cicit Tok Hamid. Hari ni nak ikutkan husband aku akan dapat keputusan untuk dia sambung belajar bidang perakaunan. Moga dapat le... Aku sendiri pernah nak sambung tapi tergendala. Aku jenuh ajak dia sambung di UK tapi dia tak mao... sayang nak tinggal co dia yang tak pernah missed bagi bonus tu (walau pun ekonomi tengah gawat). Rezeki katanya...

Amira akan join USIM pada 23hb ni untuk peringkat matrikulasi. Mungkin Yong satu family akan lepak di rumah kami sebab mak pun akan ikut sekali. Dalam SPM yang lepas dia berjaya mendapat 7A 3B (hari ni Yong kata 9A pulak.. isk.. sabo je la. Mira! Sila jawab!).

Nadia juga bercita-cita nak menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi di universiti yang sama setelah menamatkan kursus matrikulasinya.

Tak lupa juga kak Bib sebab ahli keluarga pertama berjaya jejak kaki ke USA hingga dia pun hampir sambung belajar semula. Acek dengan Yong pun tak kurang hebatnya. Tanpa generasi dulu, siapalah kami generasi di bawah ni...





Anak² aku dapat belajar di Jordan, Mesir, UK, USA, Jepun pun dah cukup baik... ameen! Tapi sebelum tu mesti ditarbiyahkan... insyaAllah di sekolah² agama dan mungkin juga sekolah tahfiz supaya menjadi insan yang lebih terdidik jiwa mereka.

Tuesday, May 19, 2009

MARI KITA MAKAN..................


Apa pendapat anda kari kepala ikan ni....................erm..............sebesar pinggan 2 mata bukan sebelah kepala harga cuma rm5.00

Itu yang syok dok kampung ni............

X PULAU LANG TAPI GUNUNG LANG

Aku tak dapat nak ke Pulau Lang cam diorang tu tapi aku sempat gi Gunung Lang IPOH je.Dapat gak bawa budak budak tu berjalan2 asyik terperap kat rumah je boring gak

huhu.....boleh naik bot gi ketengah2 tasik........cam pulau gak
dapat gak merasa bagi makan ikan kat depan jeti,ikan beso2 tu yop...........tasik terletak di belakang bukit batu kapur

Thursday, May 14, 2009

HORMATI ORG YG LEBIH TUA ????????


Apa pendapat anda mengenai gambo ini?
Hormati org tua atau sebaliknya........................................huhuhu.........

Panaskan kedai kopi lekas

Gambar² rumah Tok Hamid

Ni aku jumpak gambar² lama ni dari webpage Lina & Acek yang masih wujud hingga ke hari ni. At least lepaih la jugak rindu pada kampung yang menyesakkan dada...



Ni pulak gambaq rumah tok lepas dilanda ribut...









Didi masa kurus, Lina pulak tengah bertunang


Ada lagi gambaq lain dalam web Acek tu yang aku nak ambik tapi gambaq keluaq sekerat ja. Ada gambaq Pak Su, Along dan Tok jugak. Raya tahun bila pun entah la.. Tapi yang pasti si Anis tu kecik lagi. Anis lahir tahun 1999. Tahun 2000 la kot gambaq tu. Sama ambik dengan gambaq kat atas ni. Eh! Silap².. memang masa ni raya tahun 1999 sebab Lina dan Abang Kemal kawen dalam tahun 2000!

Saturday, May 9, 2009

POLITIK PERAK

Aku jumpa ayat ni aku kita kongsi bersama ok........


Bunyinya lebih kurang camni 'Boleh tak kita kata begini “ahli ahli cawangan UMNo Bukit Aman telah menangkap Mat Sabu kerana telah melakukan kesalahan besar cuba melakukan solat sunat hajat tanpa permit dari UMNo.JAIP pula telah mengeluarkan arahan solat hajat tu adalah bertentangan dgn Islam.Mufti pula diam shj.Diam tu tandanya setuju dgn arahan terbaru JAIP itu”

So apa pendapat anda semua 'mai' kita sama-sama panaskan sikit suasana kedai kopi ni huhu...............minta maaf tok anak cucu nak tumpang lalu

* Kalau sesiapa yg ada gambar "Tok Hamid ngan "Tok Sebuah" rajin-rajinkan diri upload kesini...........

Mother's Day


A Mother's love is something that no one can explain,
It is made of deep devotion and of sacrifice and pain,
It is endless and unselfish and enduring . . .

Mother is such a great personality that she is unique and her love is eternal. Nothing else in the whole universe is a match to the mother. Mother kept on giving, giving and giving... all her life

Tahun ni barulah aku mula rasa perasaan ingin benar nak bersama emak,mungkin kesan dari kehilangan pak su dgn melihat betapa sedihnya mak su.Utk paksu kita semua sedekahkan 'al Fatihah' mlm ni kepada semua kita sedekahkan juga bacaan 'Yassin'................

Friday, May 8, 2009

Salam semua....kami dah balik...

indahnya pulau ni....aku akan dtg lagi...

Apa khabar semua...kami dah selamat kembali dr bercuti 3 hari 2 malam di Pulau Lang Tengah. Satu pengalaman dan percutian yg amat berbaloi. Bercuti sambil reunion dgn kawan2 ni mmg best sungguh...kalau berdua je siapa nak tolong ambilkan gambar berdua kita ye tak??? Jadilah mcm most pic honeymoon aku dulu tu sorang2 je...ada le kot 4 keping dgn hubby tu pun kena minta org ambilkan...
pemandangan pantai di waktu pagi

Bebudak 3 org lagi tu mmg enjoy sakan, Awa ada masa kena juga berkepit dgn hubby. Aku yg paling senior ni sesekali suka bersendirian..lebih santai dan enjoy the moment alone! Lagipun malas la nak kacau daun...aku yg jenis lone ranger ni mudah je...org lain masih tidur aku dah morning walk di tepian pantai yg begitu mendamaikan hati...desiran ombak...suasana pagi yg tenang...terapi utk org yg bermasalah atau baran...


pagi di hari kedua sebelum pergi snorkelling



Kutip kulit siput..batu karang dan dpt hammock free dr seorang trainer kat situ. Pengalaman aku tak blh lupa bila kena daki bukit dan turun bukit masa jungle trekking. Mengah ya ampun...lama dah tak buat aktiviti mcm tu...dah la paling veteran...badan yg debab cam ni alahai...mcm nak pecah dada rasanya beb! tapi...semangat juga nak buat sebab rasanya kalau dah sampai situ tak buat semua aktiviti yg dirancangkan utk kita...mcm rugi plak!



rehat sebentar selepas jungle trekking


Snorkelling mmg best sebab dpt tgk hidupan laut yg tidak terdapat di pantai mcm Ban Pecah tu. Air yg jernih sampai nampak segala batu karang dan hidupan di dasarnya...menakjubkan, Subhanallah!!! Cuma hari kedua aku dah fail...kepala tak berapa nak betul (pening...aku rasa pagi tu breakfast nasi lemak aku tak tahan...) org lain blh lama dlm air aku dan awa terpaksa naik atas bot semula...Jeff lebih awal naik sbb takut...kawasan tu dlm dan dia rasa gerun tengok ke bawah...budak yg lagi 3 org tu siap dpt seekor penyu dan dpt bawa naik atas bot.



masih ceria dan bersemangat walaupun mabuk laut...


Tetiba aku meloya sakan...uwekkkk! terus terbuang dlm laut...penuh disambar ikan...apa yg aku breakfast pagi tadi kini dah jadi santapan ikan kat situ plak...pening...berpusing rasa...di dlm rasa membuak2 nak keluar lagi...then muntah lagi...yg seronok tgk ikan tu begitu byk yg dtg...berkerumun dan berpuak2...Habis semua yg aku makan pagi tadi keluar balik...lega. Picit kepala dan aku minum air kosong dan rehat atas bot...jeles tgk yg dlm air blh snorkelling dan dpt lihat coral kat bwh tu....dpt lihat ikan jerung putih (yg kecil je la....kalau yg besar mampus kami tak masuk ke laut!!!!....tempah maut!)




..2 baby tua berbuai..



Lepas dinner acara yg aku paling suka...berkaraoke! mlm tu saja nak test power ok tak lagi menyanyi dan bawa lagu nada tinggi...3 jam beb! org lain spent kat luar tapi aku blh je duduk dgn sorang adik tu menyanyi berselang seli dan duet dgn dia....sikit punya sporting budak tu...lagu dia tak leh bawa pun aku juga yg habiskan....hahaha! 2 mlm aku berkaraoke kat situ, lega rasanya sebab dah 3 tahun tak test power suara aku ni lama2 cam tu....kira ok lah juga sebab suara tak hilang..tidur pun lewat (sbb lepas balik tu aku dpt mengaji jugak...ye lah nak balance kan tadi dah melalak so kena ada masa juga nak imbangkan utk yg satu lagi...dpt habiskan satu surah dan mlm berikutnya satu surah...then tidur dgn amannya...!


Satu perkara lagi yg aku tak pernah try dpt aku buat masa kat pulau tu ialah main snooker. Cepat benor aku belajarnya...dpt masukkan bola terus menerus sebanyak 3 kali. Suka nak main bende alah ni tapi kalau dpt beli bubuh satu kat rmh, aku rasa blh jadi champion aku!!! hehehe. Main corrum pun aku mng gak...hehehe pandai anak tok ram kalau bab main ni!!!!


Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku masa kat Island tu...just nak sharing dgn yg tak p...jgn korang risau ada masa in the future kita buat family gathering kat situ...best sangat2! Terasa macam pulau sendiri pulak...dr segi layanan staf, makanan dan tempat penginapan itu sendiri mcm rasa kat rmh dan kg sendiri. Tenang dan mengasyikkan sekali...Rasa aku la...dr kita p ke Langkawi....baik p situ. Balik kami sempat singgah kat KT dan pergi ke Pasar Payang yg mcm wajib ke sana bila berada di Terengganu. Mlm jam 8.30 kami dh selamat sampai di rmh Awa. Ada sikit2 lagi mabuk laut tapi...sempat juga lagi nak tulis dlm blog ni...
ye lah...sharing is caring, caring is loving...bye semua I miss u guys!!! especially aku miss kat anak aku...




~ kak Bib ~

Thursday, May 7, 2009

TESTING

Selamat datang ke warung Kopi Pak Mid anda boleh order apa sahaja asalkan halal,nak minum kopi leh gi kedai pak mid,nak makan burger boleh pakat mai kat 'Kulaan Burger' di KK
Anda boleh cuba membayangi burger ini dikunyah secara perlahan-lahan ada rasa mayo,cili sos dan sayur huhu..........lazat dikunyah didalam mulut pastu,telan perlahan-lahan.........ermmm........
klik gambo ni utk nikmat sebenar..............ermmmm.......apa tunggu lagi 'klik' lekas.

Wednesday, May 6, 2009

TEST 1 2 3 ...

TEST 1 2 3 ...
OK Pass.. :))

HasnolMizam

Hari lahir untuk bulan Mei

Hepi beday untuk ahli keluarga di bawah ye.... Moga berkat usia insyaAllah.

1- Muhammad Athir Rakin bin Muhd Rushdi (lahir 6 Mei 2007). Dah lama tak jumpa Athir ni... rindu la cik Ela pada dia...


Gambar rembat kat Flickr Didi.


2- Noorhasimah binti Ramli (Yong) (lahir 12 Mei 1963). Bukan takat ucapan hari lahir je... ucapan hari guru, ucapan hari ibu.. huhu untung sungguh la Yong ni... Dengar citer Mira nak ke USIM? Meh la bertanggak kat rumah kami ni...




p/s : Awa dan kak Bib mungkin sedang bersukaria di Terengganu! Huhu!


~Ela/Cik Ela~

Monday, May 4, 2009

Kami bergeder lagi...

Sebenonye kami tak plan nak balik kampung, apatah lagi ke Kedah! Unplanned. Biasalah spontan² ni. Alhamdulillah dapat suami yang macho dan memahami... hehehe... macho ke? Tapi Allah set cantik punya. Lepas menziarahi Chu, mak tak terus pulang walau pun dia mai dengan Yong, Abang Nua, Mira dan Kak Bib. Kesian dengan Chu, dia pun tunggu. Kalau ikutkan dia, dia nak je stay semalam di Serdang tapi since aku punya rumah jauh pastu payah nak ulang, tak jadi. Kalo tidak, mungkin mak bleh jumpa dengan Didi the next daynya tu.

Tengah jalan sempat SMS Yong. Katanya dia tak balik Tanjong Piandang sebab ada majlis tahlil di Manjung. Tapi dia sempat ajak ke Pulau Sayak pada hari Sabtu. Gambar masa on the way balik Perak pada pagi Jumaat:




Gambar Mastura dan Adam je. Syafiah susah betul nak bekerjasama. Oh ye! Bagi orang yang tanya sama ada Syafiah tu pandai duduk ke idak. Dia belum duduk lagi ye puan²! What's wrong for being different? Tapi mak dia positif dia pasti akan duduk, berjalan malah berlari. Sila dapatkan maklumat terkini di blog dia naa...


Petang Jumaat sempat ke Billion, Parit Buntar. Ramainyeeee manusia!


Mula tu macam reluctant nak pergi. Tapi dah rezeki kami nak jejak Kedah. Kami pi jugak la... Bertolak pun lambat sekitar jam 12 tengahari. Antara yang pergi - aku, suami, Mastura, Adam, Aliff, Anis dan Aap. Sumbat jangan tak sumbat. Kalo aku ada MPV ke van dah sah², insyaAllah aku angkut semua kerabat aku. Mak tak nak pi sebab mak sakit kaki. Sampai di rumah Yong sekitar pukul 1 lebih. Jem plak kat Nibong Tebal atas jambatan tu sebab ada accident 3 biji kereta. Aduhh!

Lepas Zohor kita orang gerak. Sempat la jugak mengalas perut dengan laksa yang Yong buat. Dari rumah Yong, Pulau Sayak tu tak jauh. Dalam 50km je. Nama je pulau.. tapi ia sebenarnya perkampungan nelayan. Siap ada chalet lagi.

Gambar² di hari kejadian:




Among my favorite photo!



Abang Nua dan suami. Baca paper macam baca dalam ribut! Angin bertiup kencang.


Apesal Yong, Alif, Aap dan Yamin ni macam pandang setempat je?

Meh makan mee udang.. tapi idak le macam Mee Banjir tu.. udang berekoq-ekoq. Rasa? Aku ni makan tak reti nak rasa. Yang paling sedap bagi aku adalah yang FREE.. huhu! Rega pun lebih murah..

Let's burn the calories! Lepas makan berpeluh pula menukar tayar kereta. Tayar baru plak tu. Really 'screw'ed up by a screw!

Apa motif Alif tangkap gambar pokok ni?


Makam ini terdapat berdekatan dengan tempat makan kami. Di celah² perkampungan nelayan Pulau Sayak tersebut.

Lepas ke Pulau Sayak, kami jejak ke Pantai Merdeka pulak. Tak jauh pun dari Pulau Sayak.

Nun jauh di tanjung tu adalah Tanjung Dawai. Selain dari jalan darat, boleh ke sana dengan menaiki bot dari Pantai Merdeka.

Yong dan abang Nua

Kanak² ribena makan aiskrim... hehehe! Apapun aku sayang bebudak ni. Tiba² bunyi seakan helikopter mahu mendarat. Rupanya bunyi hujan dan angin yang datang sekaligus.


Tak dapat hujan di SU, hujan di utara pun jadilah. Rindunya aku pada hujan. Malam tu pulak hujan di kampung dari awal malam sampai ke hari esoknya. Lebat semalaman. Kalau di KL dah sah² banjir.

Yong kata kalau ada rezeki bolehlah ramai² pi dok kat chalet kat situ. Dia teringin nak belanja kak Shidah, abang Man, kak Bib dan siapa je la yang tak dapat pergi sekali tu. Thanks so much to Yong sebab dia yang belanja.

Dalam perjalanan balik kami singgah di rumah Yong lagi. Ambik buah pelam. Pastu perjalanan diteruskan ke Jusco, Perda. Jusco baru. Ada Big Apple di sini beb tapi tak belilah. Melayan bebudak tu main games kat games park. Dari sebelum Maghrib sampai ke pukul 10. Barulah kami pulang ke Perak lepas tu.

Minggu ni turn Awa bergeder dengan kawan² plus kak Bib di Terengganu. Jom ler bergeder lagi wei!! Nak tak nak kena tunggu la Jihan kawen ni pulak untuk bergeder beramai-ramai, insyaAllah.


~Ela/Cik Ela~