Thursday, April 30, 2009

1122, Taman Pusara, Serdang...

Sekitar hari pengkebumian aka accidently family gathering (be careful on what you wish!) semalam. Sorry la.. resolution tak bagus sangat. Camera phone jek. DSLR belum sempat nak rembat la.. poket kering memanjang... menganggur plak tu!

Masjid UPM... Kami terus ke sini sedangkan jenazah sedang diurus di Masjid Serdang Jaya. Tiba sekitar 10.30 pagi.

Satu liang lahad yang lain bersedia untuk menerima penghuni. Bilakah giliran kita? Maut menjemput tidak kira kita bersedia atau pun tidak...

Mereka² yang telah pergi. Al-Fatihah..

Sanak saudara yang hadir dari kedua-dua pihak. Semangat kekeluargaan yang makin hilang pada generasi baru kini apabila yang berusia lebih mengenali ahli keluarga masing². Yang dulu sentiasa merapatkan jurang walau pun sekadar si kakak ipar mampu mengenali keluarga birasnya.

Pak Chik Rashid dan Abang Juhan. Totally stranger. Tapi saling mengenali. Abang Juhan hadir atas dasar 'anak sulong' Mak (family kami memang ramai anak angkat terutamanya lelaki.. yang juga selalu disebut-sebut sebagai 'anak tuut'. La ni dah ada 'cucu tuut' plak.. Btw, aku sayang abang..). Semangat persaudaraan yang perlu dicontohi.

Talkin dibaca. Peringatan dan iktibar terutamanya untuk yang masih hidup.



1122, Taman Pusara (atas bukit), Serdang... alamat terakhir Pak Su Mat Radzi bin Taib. Semoga bersemadi dengan tenang.. insyaAllah..

Saat melangkah terpandang anak² yang keberatan untuk meninggalkan abah mereka. Lina, Iwan dan Pijan berdoa untuk kali terakhir di pusara sebelum berangkat pulang. Tinggallah isteri, tinggallah anak, tinggallah saudara...


Aku sempat menatap wajah Allahyarham di saat akhir sebelum dimasukkan ke liang lahad. Upacara selesai lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Untuk rakaman sejarah:

Nama Allahyarham : Mat Radzi bin Taib

Panggilan : Pak Su sebelah keluarga kita, Pak Ndak sebelah keluarga Pak Su sendiri

Tarikh lahir : 12 Oktober 1953 (Chu kata Pak Su lahir 1952)

Tarikh meninggal : 29 April 2009, bersamaan 4 Jamadilawal 1430H

Catatan :

Dikhabarkan meninggal sekitar pukul 5.30 pagi dalam keadaan tidak diduga. Mungkin saja dalam keadaan bergurau bak kata Salina. Allahyarham turun dari tangga ke ruang tamu. Katanya panas di atas. Saat berbaring si anak berasa tidak sedap hati lalu melihat si abah yang menjadi semakin sejuk anggota badannya. Berdasarkan pengalaman Salina bersama dengan arwah tok di saat akhir, si anak memanggil si ibu untuk turun dan melihat sendiri keadaan si abah. Tidak lama selepas itu, Allahyarham pun pergi mengadap Ilahi.

Pada masa tersebut hanya Salina dan Chu yang berada di rumah. Punca kematian mungkin saja boleh dianggap 'sudden death'/mati terkejut bak kata orang tua². Wallahu'alam. Dapatkan cerita sendiri dari Chu/Salina. Sekiranya ada kesilapan atas catatan ini, aku mohon maaf bebanyak.



Aku mungkin saja kurang rapat dengan Pak Su tapi suatu masa dulu, aku begitu rapat dengan Salina. Mungkin kerana kami sebaya. Bersaing dalam pelajaran, malah dari segenap segi. Bila dia balik kampung, akulah yang dicarinya dulu. Nostalgia yang aku tak mungkin lupa sampai bebila. Aku pernah menyampaikan salam kepadanya melalui seorang pensyarah UPM yang aku kenali yang juga mengenali Salina (macam tak percaya!).

Korang semua adalah sedara aku. Jika aku tak ucap pun, sungguh pun tak jumpa bertahun, sedar atau tidak aku tetap menyayangi kalian. *bebaru ni jumpa sepupu sebelah mak.. believe it.. 33 tahun dia hidup di dunia ini. Itulah baru pertama kali berjumpa dia. Terbit sudah rasa sayang padanya.. sungguh!*. Sesungguhnya ikatan persaudaraan tidak akan putus selamanya. Turut hadir semalam - Cik Gedah, Cik Tota & keluarga, Cik Lin dan suami, Abang Juhan, Kak Chik Maliah, Angah, Acek + keluarga, Yong, Kak Bib, Mira, Along, Aku dan family, Awa & Jef, Waida & keluarga, Lina & keluarga, Abang Kemal & keluarga serta keluarga² sebelah Pak Su - Chu Mah, Pak Chik Rashid & isteri, Abang Amir Hizam (salah seorang anak tuut mak) dan keluarga, kakak² Pak Su yang aku tak tahu nak describe pangkat deme, sepupu² Salina yang aku tak berapa nak kenal..

Jika tiada aral, mahu saja rasanya tinggal seketika di rumah Chu sebab aku begitu memahami erti ditinggalkan dan berasa sunyi sepi. Itu antara anak dan ayah, inikan pula antara suami isteri. Tabahlah Chu, Lina, Pijan dan Iwan. Kami hanya pulang seusai bertahlil dan makan sekitar jam 10.30 malam. Sebelum pulang Chu sempat pesan untuk sentiasa ziarahi dia. InsyaAllah kami akan ziarah Chu lagi dari masa ke semasa. AL-FATIHAH buat semua yang telah pergi - Tok Wan Hamid, Tok Mardiah, Ayah aku aka Along dan Pak Su.


~Ela/Cik Ela~

Wednesday, April 29, 2009

Salam takziah

Aku dapat satu berita merenggut perasaan pagi ini. Salah seorang ahli keluarga kita telah pun meninggal dunia pagi ini sekitar pukul 5.00 pagi iaitu Pak Su. AlFatihah untuknya.. nanti akan aku cuba update berita ini dengan lebih lanjut insyaAllah...


~Ela/Cik Ela~

Monday, April 27, 2009

Selamat Hari Ibu... Siti Jaliha binti Mat Yusof





Sepatutnya aku upkan entry ni pada 10 Mei 2009 sebab boleh je buat scheduled post. Tapi aku terlalu excited ceritanya! Kira acilah... sebabnya kat blog lain aku scheduled.

Ada promosi kad hari ibu percuma. Bila aku check balik rupanya promosi dia dalam US je. Mak... jom pindah Amerika la kalau lagu ni. Boleh la scrapblog anto kad pree kat mak... hehehe!

Nak tuju lagu jugak untuk mak:


Duhai Bonda
Munsyid : NowSeeHeart

Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda



Aku masih ingat mak pesan jangan ikut ke bendang suatu petang masa aku kecik² dulu. Tapi aku degil. Awa pun masa ni tak de lagi. Mintak izin ayah. Ayah kata boleh (ayah selalu je kasi). Jadi aku pun berkelah la kat tepi bendang, bentang tikar, bawak bear, bawak mainan. Tempatnya di batas perenggan sempadan dengan tanah Mak Ndak Minah paling hujung. Kat situ ada pokok kelapa yang melengkung ke atas alur bendang. Kira favorite spot aku la. Aku ni tiap hari main sorang². Aku tak kisah pun... lone ranger!

Tengah aku dok asyik main tu tiba² berdiri seekor ular senduk tak jauh dari tempat aku main. Tepat je dia merenung aku. Kepala dia dah kembang. Dia berdiri tu dalam 1 meter dah tingginya. Aku jerit, "Makkk!!! Ulaqqqq!". Aku pun lari. Aku masih ingat pesan seseorang supaya bila bertemu ular jangan lari lurus, kena lari bengkang-bengkok sebab mata dia bukan macam mata manusia. Nasiblah ko ular.. aku ni pelari sekolah. Mencicit tak toleh belakang dah.

Mak dan ayah pun terus je balik rumah. Tak sempat siap kerja kat bendang. Ada kawan² deme yang cari ular tu untuk dibunuh tapi tak jumpa sampai ke sudah. Gamaknya kalau aku ni panik, dah lama aku tinggal nama je. Nau'zubillah.

Tulah ceritanya... cerita budak tak dengar kata mak. Walau pun mak kat kampung, tapi mak sentiasa di hatiku (cewahhh... macam ITM di hatiku pulak!).

Entry ini walau pun banyaknya gambar mak aku je, aku tuju jugak ucapan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu² dan pelayan² wanita dalam warung kopi ni (termasuklah aku sekali... hehe tak malu!) - Mak, Mak Ngah, Mak Chik, Chu, Yong, Kak Bib, Kak Chik, Lina, Kak Ija, Waida, Sa, Kak Tie, Awa & Nadia (sebab dah ada anak buah). Teruslah menjadi wanita yang unggul, permata dunia dan akhirat, insyaAllah. Yang bawah ni pulak gambar mak mertua aku...


Miami bin Abbas (populer dengan panggilan Mak Mon.. namanya mengingatkan aku pada Florida)



~Ela/Cik Ela~


p/s : Untuk lebih feel, baca entry ni sambil dengar lagu nyanyian Soulstar (kumpulan dari Korea Selatan) kat sebelah tu! A Song for Mama adalah nyanyian popular Boyz II Men.