Wednesday, September 30, 2009

peranginan titi hayun, yan kedah

pemandangan dari atas gunung jerai
pantai murni, yan besar kedah
sunset pantai murni yang kedah
titi hayun, sungai

28hb september 2009 - baru berpeluang balik ke pengkalan hulu. kami pergi naik gunung jerai tapi tak tidur sana sebab regency hotel dah take over gunung jerai. Habis semua bilik jadi mahal, paling murah pun rm180. So kitaorang turun balik, pergi ke Yan. Titi hayun ada sungai dan sewa bilik cuma rm100 dapat kembar lagi. tidur sana 1 hari. jalan-jalan kat pantai murni, tengok sunset pastu melantak sampai buncit.

makan mee udang, mee rebus, nasi goreng, nasi campur, roti canai, kopi, teh, milo semua tibai. kenyang tak terhingga, abis sebulan punya puasa.



Thursday, September 17, 2009

Perutusan Hari Raya...



Cewahhh! Bunyi tajuk cam dok kat oversea je kan... Padahal dok kat Bamboo River je...

Kami balik ke Big River dulu, pastu raya ke-2 baru balik ke Bird River. Tak sampai hati balik rumah sebelah pihak je. Bagi yang ibu bapa masih ada tu treasurelah mereka selagi mereka masih ada. Jika tinggal seorang je lagi, korang pasti takkan biarkan sebelah pihak je rasa bahagia dengan kehadiran korang masa raya (terutamanya malam raya). Tambah lagi yang tinggal tu adalah seorang IBU!

Kekadang aku rasa cam teringin sangat family kita bergader cam dulu² tu kat TP. Walo pun sekang ni rumah tok dah tiada lagi, rumah Along kan ada. Masih utuh walo pun bumbung tiris sana-sini. Aduhh.. bila la nak dapat ganti bumbung tu.

Sungguh! Tanah pusaka tu banyak kenangan. Kenangan dengan saudara-mara yang sukar dilupakan. Terutamanya bila menjelang hari raya. Kenangan bermain meriam besi sampai pekak telinga tok (abang Kemal and the gang), main bunga api besi sampai terbakar pokok nyior orang tua tu (aku dengan Didi), kena perhambat dek Along sebab main bunga api masa malam raya (aku dengan Didi jugak) dan memacam lagilah. Ada yang pahit tapi yang pahit jadi manis bila dikenang sekarang ni.

So, seminggu ni tak online la aku walo pun reception Maxis broadband sangat baik di TP. Ada broadband tapi tak dak laptop pun tak guna jugak. Siapa nak pinjamkan? Kak Long? Jangan harap... hukhukhuk! Kalo tak, sure aku dah boleh bersiaran dari kampung je dengan 'gambar pinjam' dari kamera Awa. Aku ada usha satu laptop tu.. tunggulah...

Till then, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, selamat memandu, selamat sediakan duit untuk anak² aku. Untuk Awa, sebab hang tak dapat duit kecik, bagi je anak buah hang note yang besar² kaler biru tu.. hahaha...





Thursday, September 10, 2009

Balik Beraya Rumah Mertua, Pedoman Buat Isteri, Ibu & Menantu

Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki, tanggungjawab kat ibu perlu diUTAMAkan sehingga laa salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anda anak yg derhaka kpd Ibubapa nya...


Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.


Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????


Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........


Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?


Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat


Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.


Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).


Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)


Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua ........


Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.


Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.


Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).


Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa........ .terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...


Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?


Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).


Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?


Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.


Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?


Abang ipar : Mereka tiada halangan.


(dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)


Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya).

Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.


Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).


Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.


Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnn

Renung-renungkan dan selamat beramal….

*Original Post from Ratuhati.com

Thursday, September 3, 2009


PROMOSI H1N1
Prorpolis Platinum(Green Propolis)-
RM36.00 1 btl/RM161.00 5 btl 1set

Apa persediaan anda bila berada di kawasan yg sesak dgn keadaan wabak yg sedang melanda negara ketika ini?

Kebaikan Propolis


Propolis Platinum menggiatkan penghasilan antibodi serta mengukuhkan sistem imuniti badan. Propolis Platinum membantu melegakan sakit tekak. Ia juga bertindak dalam melawan kerosakan gusi dan gigi. Ia boleh membantu menghalang selsema, jangkitan gastrointestinal dan lain-lain lagi kegunaan. Ia juga boleh membantu meringankan masalah pernafasan Propolis juga dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan membantu merawat luka-luka ringan apabila disapukan pada luka.


Meningkatkan kesuburan

Salah satu kajian tentang kebaikan propolis ialah pada wanita yang ketidaksuburan/kemandulan dan endometriosis. Kajian mendapati purata penggunaan sebanyak 500mg propolis dua kali sehari terhadap wanita telah didapati hamil 60% daripada 20% wanita yang tidak diberi propolis

5 titik sahaja setiap hari selepas makan


PROMOSI RAMADHAN

BERITA BAIK UTK YG SELALU SENGAL-SENGAL KAKI

Stokin Bertenaga Bio-RM38.00 1 pc

Stokin Bertenaga-Bio diperbuat daripada kain kapas berkualiti dan ianya mengandungi Bio Seramik yang dapat mengeluarkan pancaran inframerah jarak jauh. Pancaran inframerah jarak jauh dapat merangsangkan bahagian-bahagian tapak kaki dan menggalakkan peredaran darah. Ia juga membantu mencegah pembiakan bakteria dan menyingkirkan bau kaki yang busuk serta melegakan gatal-gatal di tapak kaki. Ia merupakan produk penjagaan kesihatan yang baik untuk seisi keluarga.

Fungsi-fungsi Stokin Bertenaga-

    Cukup sesuai utk yg rajin sembayang terawih 2o rakaat (berdiri lama)dan sembahyang malam

1. Dapat membantu melegakan kekejangan otot kaki dengan berkesan
2. Membantu melancarkan peredaran darah.
3. Membantu melegakan kelumpuhan dengan berkesan
4. Mencegah pembiakan bakteria, menghilangkan bau busuk, melegakan gatal-gatal dan pendekorteksan kaki
5. Dapat menyerap peluh dengan cepat dan berkesan, supaya kaki sentiasa kering dan selesa

Elegance Tudung –RM73.00 2 pcs

sesuai kepada yg selalu berpeluh kepala,berkelemumur,rambut bercabang,bau asam dan pening kepala tak ada alasan lagi kalu kata taknak pakai tudung..

Sistem Kesihatan Infra-Merah K- Elegance Tudung adalah untuk membantu meringankan dan melegakan penyakit-penyakit dan kelemahan seperti sakit kepala, lemah badan, masalah tidur, keletihan, perasaan yang tidak menentu dan membantu mengurangkan bau badan.

PROMOSI AIDIL FITRI

Slimming Suit - RM211.00 2 PCS

Produk yang unggul ini bukan sahaja dapat membolehkan wanita untuk kelihatan lebih menawan dan yakin terhadap diri sendiri terutama sekali di Hari raya. Dengan menggabungkan unsur-unsur ion negatif, ion kupum, gelombang magnetik dan sinaran inframerah jauh, produk ini membantu dalam mengawal, mengurut dan meningkatkan peredaran darah dalam badan. Di bawah ialah fungsi-fungsi produk Slimming Body Undergarment 5 FUNGSI DALAM 1::

  1. Ion negatif menggalakkan peredaran darah dan memberi rasa tenang apabila seseorang berasa tegang dan resah.
  2. Ion kuprum dapat membantu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
  3. Fiber anti-kuman membantu menghalang pertumbuhan bakteria. Bahannya yang diperbuat daripada elastik yang tinggi membekalkan keselesaan yang baik dan fungsi anti-pergulungan untuk memberikan keyakinan dan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang diingini.
  4. Urutan gelombang magnetik digunakan untuk meningkatkan kadar metabolisme, meningkatkan peredaran darah dan mengawal sistem saraf autonomik bagi bentuk badan yang sihat dan menarik.
  5. Sinaran inframerah jauh dapat meningkatkan peredaran darah, metabolisme, membakar lemak berlebihan dan kalori-kalori berlebihan, seterusnya membentuk semula potongan badan


K-BioGreen-RM165.00 500g
Organic K-BioGreen ialah makanan organik yang dipilih khas dari 58 jenis bahan unik seperti kacang, bijiran, sayur-sayuran, rumpair laut dan bifido-bakteria serta enzim makanan yang memainkan peranan penting dalam badan manusia bagi bagi membersih, mendetoksifikasi dan meremaja serta mengembalikan fungsi-fungsi organ penting dalam badan dan membina ketahanan. Apabila produk tersebut diambil sebagai makanan dalam badan, ia memberikan nutrien-nutrien yang secukupnya dan sesuai bagi mereka yang inginkan tubuh badan yang sihat dan langsing.
    • Organic K-BioGreen adalah sumber makanan bernutrisi tanpa kandungan bahan awet dan tanpa pengubahsuaian genetik yang diluluskan oleh AgriQuality di New Zealand. Setelah produk organik disahkan dengan kelulusan organik, produk berkenaan diberi label dan boleh dipastikan bahawa unsur-unsur produk organik berkenaan telah mematuhi syarat-syarat dari perkebunan ke pasaran.